• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 15, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Curi, Jual Barang Kemas Ibu Demi Sara ‘Boyfriend’

oleh
04/11/2017
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SEORANG pelajar didenda RM12,000 oleh Mahkamah Majistret Melaka semalam selepas disabit kesalahan curi dan jual barang kemas ibu angkatnya bernilai RM 5,305 demi sara teman lelaki.

Memetik sumber, tertuduh yang berumur 20 tahun itu mengaku bersalah atas ketiga-tiga tuduhan iaitu membantu menyembunyikan barang-barang curi sejurus pertuduhan dibaca jurubahasa di hadapan Majistret Norina Maludin.

Bagi pertuduhan berkenaan, Nurul Aqilah Abdullah didakwa melakukan kesalahan tersebut mengikut Seksyen 414 Kanun Keseksaan.

Ia melibatkan kesalahan menjual dua utas rantai leher masing-masing berharga RM605 dan RM3,450 serta seutas gelang bernilai RM1,250 di mana kesemuanya berjumlah RM5,305 milik ibu angkatnya, Zalina Ramli.

Tertuduh mengaku melakukan semua kesalahan itu di Tajung Jewellers Enterprise pada 4, 8 dan 10 April antara jam 9 pagi dan 5 petang sekitar tahun ini.

Berdasarkan fakta kes, pada 24 Jun lalu, ibu angkat tertuduh menyedari beg barang kemas yang disimpan dalam laci telah hilang sekali gus menyebabkan wanita itu bertanya kepada anaknya.

Aqilah mengaku telah mencuri dan menjual barang tersebut di sebuah kedai emas bagi tujuan menyara kehidupan diri dan teman lelakinya.

Susulan kejadian itu, wanita berusia 40 tahun itu segera melaporkan perkara tersebut kepada pihak polis.

Tertuduh dan teman lelakinya, Muhammad Aidil Japri  berjaya ditangkap oleh polis di rumah pangsa Seri Kubu, Jalan Kampung 4 pada 8 September lepas.

Sumber berkata, Aqilah kemudiannya membawa pihak berkuasa ke sebuah kedai barang kemas di mana lokasi tertuduh menjual barang kemas milik Zalina.

Setibanya di lokasi, pemilik kedai berkenaan iaitu Kang Hok Eng kemudiannya menyerahkan 9 salinan resit jualan dan memaklumkan bahawa barang itu telah dicairkan dan dijual.

Timbalan Pendakwa Raya, Mazuin Hashim mohon hukuman setimpal dikenakan kepada Aqilah sebagai langkah pencegahan dengan alasan tertuduh sudah berulang kali melakukan kesalahan tersebut.

Namun, Aqilah merayu agar hukuman diringankan dan dibenarkan hakim yang menetapkan hukuman denda sebanyak RM4,000 bagi setiap pertuduhan atau penjara 6 bulan sekiranya gagal membayar denda tersebut.

Sementara itu dalam satu perbicaraan yang berasingan, tertuduh dilaporkan mengaku tidak bersalah terhadap empat pertuduhan di bawah seksyen yang sama atas kesalahan menyembunyikan barangan curi di hadapan Majistret Muhammad Firdaus Saleh.

Tertuduh bagaimanapun mohon dibicara terhadap tuduhan membantu menyembunyikan barangan curi dengan cara menjual di mana kesemuanya berjumlah RM8,798.

Aqilah didakwa melakukan kesalahan berkenaan di lokasi yang sama di antara jam 9 pagi pada 16 Mac dan jam 7 petang pada 25 Mac tahun yang sama.

Majistret Muhammad Firdaus kemudiannya membenarkan bayaran jamin sebanyak RM8,000 untuk kesemua pertuduhan dan menetapkan 7 Disember depan sebagai sebutan semula kes.

Setakat ini difahamkan, kedua-dua denda dan ikat jamin tidak dibayar. – MYNEWSHUB.CC/AM

Tags: barang kemascuri
Share198Tweet124SendShare

Related Posts

Empat Lelaki Mengaku Bersalah Curi Tabung Masjid Di Shah Alam, Tiga Dipenjara Enam Bulan

Empat Lelaki Mengaku Bersalah Curi Tabung Masjid Di Shah Alam, Tiga Dipenjara Enam Bulan

03/03/2026
0

SHAH ALAM – Empat lelaki termasuk seorang remaja berusia 17 tahun mengaku bersalah di Mahkamah Majistret di sini hari ini...

Mangsa “Phone Scam” Sanggup Jual Barang Kemas Ibu

Mangsa “Phone Scam” Sanggup Jual Barang Kemas Ibu

27/06/2025
0

BESUT: Seorang mangsa "phone scam" sanggup bertindak menjual barang kemas milik ibunya kerana takut namanya dikaitkan dengan kes penggubahan wang...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd