• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Penyokong Janji Beri Sokongan Padu, Elak Kekecohan

oleh AK-47
04/11/2017
dalam Sukan, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Menjelang aksi perlawanan akhir Piala Malaysia 2017 antara Kedah dan Johor Darul Ta’azim (JDT), penyokong kedua-dua pasukan berikrar untuk memberi sepenuh sokongan serta berjanji tidak akan mencetuskan sebarang kekecohan pada perlawanan yang akan berlangsung di Stadium Shah Alam, esok.

Wakil Kelab Penyokong Kedah, Mohd Noor Mohd Amin berkata sebagai penyokong tegar pasukan Kedah, beliau berharap seluruh peminat bola sepak yang memenuhi Stadium Shah Alam akan menunjukkan semangat perpaduan yang tinggi sebagai rakyat Malaysia.

“Kita harus buktikan yang kita ini adalah penyokong yang berdisiplin dan memberikan sokongan yang padu kepada kepada pasukan yang disokong.

“Andainya pasukan yang kita sokong itu juara, ucapkan tahniah dan andaninya tewas, kita ucapkan juga syabas kerana bukan senang untuk sampai ke tahap ini,” katanya kepada Bernama di sini.

Berkongsi pandangan yang sama, Presiden Kelab Penyokong Bola Sepak JDT Lembah Klang, Mohd Salleh Ahmad yang berpendapat penyokong yang hadir di stadium itu adalah penyeri kepada sesebuah perlawanan dan sebagai penyeri, mereka haruslah mempamerkan kelakuan yang baik.

“Kami sebagai penyokong pasukan JDT telah dididik untuk sentiasa menunjukkan disiplin yang tinggi semasa menyaksikan perlawanan di stadium.

“Kami juga selalu melakukan perjumpaan sesama penyokong JDT untuk saling mengingati antara satu dengan yang lain supaya menjaga tingkah laku yang baik semasa menonton perlawanan,” katanya.

Perlawanan esok ibarat perlawanan ulangan Piala Sumbangsih di Stadium Larkin pada 20 Jan lepas apabila pasukan JDT di bawah bimbingan Ulisses Morais tewas 4-5 kepada Kedah dalam penentuan sepakan penalti selepas kedua-dua pasukan terikat 1-1 dalam masa penuh perlawanan.

Kedah pastinya ingin mengekalkan trofi yang dimenangi pada edisi lalu manakala JDT pula bertekad untuk menamatkan penantian selama 26 tahun yang kali terakhir dimenangi pada tahun 1991. – BERNAMA

Tags: FinalPiala Malaysia
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

JDT Tanpa Kalah 25 Perlawanan Piala Malaysia, Sasar Final Lagi

JDT Tanpa Kalah 25 Perlawanan Piala Malaysia, Sasar Final Lagi

01/04/2026
0

JOHOR BAHRU – Johor Darul Ta'zim (JDT) terus membuktikan dominasi apabila mencatat rekod tanpa kalah dalam 25 perlawanan Piala Malaysia...

Perkhidmatan PERKESO Tidak Terjejas Berikutan Serangan Siber

Padang Rosak Stadium Nasional Tak Banyak Berubah

08/12/2023
0

KUALA LUMPUR: Keadaan padang di Stadium Nasional, Bukit Jalil tampak tidak banyak berubah ketika aksi final Piala Malaysia antara Johor...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd