• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 27, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kerajaan Peruntuk RM2.4j Bina, Baiki Semula Rumah

oleh AK-47
04/11/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

MELAKA – Kerajaan Persekutuan memperuntukkan kira-kira RM2.4 juta bagi program membina dan membaiki semula rumah di seluruh negara menerusi inisiatif Strategi Lautan Biru Kebangsaan 7 (NBOS 7) pada tahun ini.

Ketua Setiausaha Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) Datuk Seri Mohammad Mentek berkata daripada jumlah itu RM1.75 juta diperuntukkan bagi membina semula 42 rumah manakala RM647,000 diperuntukkan untuk membaiki semula rumah golongan sasaran.

Beliau berkata kos membina semula rumah diperuntukkan sebanyak RM40,000 bagi sebuah rumah di Semenanjung Malaysia manakala RM50,000 bagi sebuah rumah di Sabah dan Sarawak.

“Kos membaiki semula bagi seunit rumah di Semenanjung Malaysia pula adalah RM13,000 manakala RM15,000 di Sabah dan Sarawak. Perbezaan kos berkenaan disebabkan harga bahan binaan di dua negeri berkenaan lebih tinggi berbanding di Semenanjung.

Semua peruntukan tersebut adalah untuk membeli bahan binaan manakala guna tenaga bagi melaksanakan kedua-dua program berkenaan adalah dalam kalangan anggota bomba,” katanya kepada pemberita selepas lawatannya di Ibu Pejabat Jabatan Bomba dan Penyelamat Melaka (JBPM) di sini, hari ini.

Majlis itu turut dihadiri Pengarah JBPM negeri Kamarulzaman Malik Abdullah dan Penolong Pengarah (Operasi) JBPM negeri Zulkifli Nordin.

Mengulas lanjut, Mohammad berkata golongan sasar bagi pelaksanaan program membina rumah adalah premis kediaman mereka musnah dalam kebakaran dan tanah yang diduduki milik sendiri atau mereka perlu mendapatkan kebenaran daripada tuan tanah selain pemohon mestilah golongan berpendapatan rendah.

Beliau berkata bagi program membaiki rumah pula pemohon mestilah mereka yang berdaftar di bawah program e-Kasih dan rumah yang didiami berada dalam keadaan uzur dan memerlukan kerja pembaikan.

“Kita sentiasa menerima permohonan yang banyak untuk kedua-dua program ini dari semasa ke semasa dan ia akan dilaksanakan mengikut secara berperingkat dalam usaha membantu golongan rakyat berpendapatan rendah selain inisiatif berkenaan merupakan salah satu tanggungjawab sosial korporat,” katanya. – BERNAMA

Tags: Datuk Seri Mohammad Mentek
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

No Content Available
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd