• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, May 23, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Datuk Seri Pukul 3 Rela Didakwa Boleh Dijel 7 Tahun

oleh
03/11/2017
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Seorang ahli perniagaan tempatan yang bergelar Datuk Seri dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Ampang dekat sini hari ini atas empat pertuduhan.

Ini termasuk menyebabkan cedera parah, menyerang penjawat awam dan menyebabkan kecederaan kepada tiga anggota Rela ketika sedang bertugas di sebuah tokong di Kampung Baru Ampang, minggu lalu.

Datuk Seri Liow Soon Hee, 29, bagaimanapun mengaku tidak bersalah atas kesemua pertuduhan dibacakan terhadapnya di hadapan Hakim Azrul Darus.

Bagi kesalahan pertama, Soon Hee didakwa menyebabkan cedera parah terhadap Lee Weng Poh, 27, di perkarangan Tokong Kou Ong Yah, Jalan Merdeka, Kampung Baru Ampang, di sini, pukul 6.30 pagi, 27 Oktober lalu.

Dia didakwa mengikut Seksyen 325 Kanun Keseksaan, yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum tujuh tahun dan denda jika sabit kesalahan.

Soon Hee turut didakwa menyerang penjawat awam, Melvin Cheong Mun Khai, 19, yang sedang menjalankan tugas sebagai anggota rela, di tempat, masa dan tarikh sama.

Dia didakwa mengikut Seksyen 353 Kanun Keseksaan yang boleh dihukum penjara maksimum dua tahun atau denda atau kedua-duanya.

Bagi pertuduhan ketiga dan keempat, dia didakwa dengan sengaja menyebabkan kecederaan terhadap Leong Jun Jie, 21 dan Mun Khai, di tempat, masa dan tarikh sama.

Dia didakwa mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan yang boleh dihukum penjara maksimum setahun atau denda atau kedua-duanya.

Mahkamah membenarkan tertuduh diikat jamin RM17,000 dengan seorang penjamin beserta syarat tambahan dilarang mengganggu mangsa dan menetapkan 14 Disember ini untuk sebutan semula kes.

Sebelum ini, media melaporkan tiga anggota RELA masing bengkak mata kiri, selain sakit beberapa bahagian badan selepas dipukul dan ditendang.

Kejadian berpunca daripada tindakan mangsa meminta kenderaan Toyota Vellfire milik suspek yang diletakkan di tepi jalan besar, dialihkan kerana menghalang lalu lintas. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA

Tags: RELA
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

BNM Keluarkan Duit Syiling Peringatan Sempena Ulang Tahun RELA Ke-50

BNM Keluarkan Duit Syiling Peringatan Sempena Ulang Tahun RELA Ke-50

23/12/2022
1

PETALING JAYA: Bank Negara Malaysia (BNM) mengeluarkan duit syiling peringatan bersempena dengan sambutan ulang tahun Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA) yang...

Rela Siasat Pendaftaran Keanggotaan

15/06/2021
0

KUALA LUMPUR - Jabatan Sukarelawan Malaysia (Rela) akan mengambil tindakan sewajarnya untuk menjalankan siasatan dalaman selepas tular pendaftaran automatik dalam...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd