• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 27, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Imam Besar Masjid Al-Aqsa Puji Malaysia Bantu Palestin

oleh AK-47
03/11/2017
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Imam Besar Masjid Al-Aqsa, Sheikh Dr. Ekrima Said Sabri memuji peranan berterusan Malaysia membantu umat Islam Palestin khususnya dalam isu pembebasan Masjid Al-Aqsa.

Beliau berkata Malaysia bukanlah sebuah negara yang ‘baharu’ dalam membantu dan memperjuangkan isu-isu Palestin yang menjadi mangsa kekejaman rejim Tel Aviv.

Malah, usaha dan peranan berterusan itu turut diterjemahkan dalam bentuk politik dengan tidak mengiktiraf Israel sebagai negara.

“Lihat pada pasport anda, ia tidak sah digunakan apabila berada di Israel. Ini menunjukkan bantuan Malaysia kepada Palestin bukan baharu.

“Kami juga menerima pelbagai bantuan lain sama ada dalam bentuk material atau kemanusiaan yang disalurkan Malaysia sama ada oleh kerajaan mahupun badan-badan bukan kerajaan dari negara ini,” katanya.

Dr. Ekrima Said berkata demikian pada sidang media yang diterjemahkan ke dalam bahasa Melayu selepas melancarkan Yayasan MyAQSA di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin di sini, hari ini.

Hadir sama Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan MyAQSA Noorazman Mohd Samsuddin. Sheikh Ekrima berkata usaha membebaskan Masjid Al-Aqsa adalah tanggungjawab semua umat Islam.

Ini kerana penguasaan ke atas masjid itu adalah sama penting seperti Masjidil Haram dan Masjid Nabawi, yang diumpamakan sebagai kejayaan mempertahankan Palestin secara umum.

Beliau berkata pelancaran Yayasan MyAQSA akan memudahkan lagi usaha semua pihak menghulurkan bantuan kepada Palestin dan membantu mereka yang menjaga dan mengawal Masjid Al-Aqsa dalam usaha mengekalkan penguasaan umat Islam ke atas masjid itu.

“Dan dalam hal ini, kami hargai usaha yang dilakukan Malaysia dan MyAQSA…ini sekali gus menguatkan keazaman dan keyakinan kami bahawa sentiasa ada bantuan untuk kami dari Malaysia,” katanya.

Sementara itu, Noorazman berkata penubuhan Yayasan MyAQSA mendapat sokongan penuh kerajaan serta beberapa pihak lain sekali gus memudahkan pihaknya memastikan agenda menjadi platform peneraju dan penyatu ummah untuk visi pembebasan Al-Aqsa dapat disempurnakan.

Beliau berkata objektif penubuhan Yayasan MyAQSA adalah bagi membentuk jaringan kerjasama pintar antara badan bukan kerajaan dengan pihak kerajaan demi membela umat Islam di dalam dan luar negara terutamanya di Palestin.

Ia juga bagi meningkatkan tahap kesedaran mengenai nasib dan masa depan Masjid Al-Aqsa sebagai satu daripada tempat suci umat Islam yang mesti dipertahankan, katanya. – BERNAMA

Tags: Imam Besar Masjid Al-Aqsaisu pembebasan Masjid Al-AqsaSheikh Dr Ekrima Said Sabri
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Imam Masjid Al-Aqsa Puji Malaysia Bela Nasib Palestin

14/02/2018
0

KANGAR - Imam Masjid Al-Aqsa, Sheikh Dr. Ekremah Sai'd Sabri memuji peranan Malaysia dalam membela nasib Palestin di pentas dunia,...

Raja Muda Perlis Terima Kunjungan Imam Al-Aqsa

13/02/2018
0

ARAU - Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail berkenan menerima kunjungan mengadap hormat Imam Masjid Al-Aqsa Syeikh Dr...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd