• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 27, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pensyarah Cadang Mansuhkan Tol Untuk Kurang Kos Barang

oleh AK-47
03/11/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

NILAI – Seorang pensyarah mencadangkan agar kerajaan mempertimbang untuk memansuhkan kutipan tol yang sekali gus mampu mengurangkan kos harga barangan.

Prof Datuk Dr Mustafa Mohd Hanefah daripada Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) berkata ini kerana selain faktor inflasi, kenaikan harga barangan juga turut didorong oleh kos tol yang perlu ditanggung peniaga.

“Dengan pemansuhan tol, kos melakukan bisnes mesti menjadi rendah. Kalau tol serta minyak naik, sudah tentu peniaga akan menaikan harga barangan.

“Kalau kita mansuhkan tol, kos perniagaan, pengangkutan, logistik, bas sekolah, pelancongan boleh dikurangkan.

“Namun ini adalah cadangan sahaja,” katanya pada forum ‘Selepas Bajet 2018’ di USIM hari ini.

Mustafa berkata beliau menjangkakan dengan penghapusan tol, ia mampu memberi kesejahteraan kepada rakyat dan meningkatkan kecekapan dan produktiviti sesuatu perniagaan.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada pembentangan Bajet 2018 pada 27 Okt lepas mengumumkan kerajaan bersetuju untuk memansuhkan kutipan tol di Batu Tiga, Shah Alam dan Sungai Rasau di Selangor, Bukit Kayu Hitam, Kedah dan Eastern Dispersal Link, Johor, mulai 1 Jan tahun depan.

Dalam pada itu, beliau berkata keputusan negara melaksanakan GST adalah tepat memandangkan ia lebih telus berbanding cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) dalam menyumbang kepada pendapatan negara.

“Dahulu SST ada lima peratus, enam, tujuh, lapan, 12 peratus, memang tak telus. Kutipan SST cuma dalam RM17 bilion atau kurang dan sekarang kita bercakap kira-kira RM41 bilion kutipan GST.

“Orang ramai hanya tidak setuju dengan kadar pengecualian GST yang mengelirukan termasuk peniaga dan pihak industri. Bagi kita kadarnya perlu dikeluarkan kerana ia tidak telus. Ia juga boleh menjurus kepada manipulasi,” katanya. – BERNAMA

Tags: Prof Datuk Dr Mustafa Mohd Hanefah
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

No Content Available
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd