• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 22, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Piala Malaysia: UMNO Kedah Sedia 80 Skrin Gergasi

oleh AK-47
03/11/2017
dalam Sukan
0
Share on FacebookShare on Twitter

ALOR SETAR – Pemuda UMNO Kedah melalui program ‘Bangkit Bersama Kedah Juara’ akan menyediakan tayangan skrin gergasi di 80 lokasi di seluruh negeri bersempena perlawanan akhir Piala Malaysia Kedah menentang Johor Darul Ta’zim (JDT) Sabtu ini.

Ketua Pemuda UMNO Kedah, Datuk Shaiful Hazizy Zainol Abidin berkata insiatif itu antara lain bagi memberi peluang kepada penyokong Helang Merah yang tidak dapat berkunjung ke Stadium Shah Alam, Selangor, untuk menonton perlawanan tersebut dalam semangat muhibah dan kebersamaan.

“Skrin gergasi tersebut akan diletakkan di lokasi terpilih di setiap parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN) di Kedah dan orang ramai boleh mula berkumpul pada 8.30 malam,” katanya dalam sidang akhbar di sebuah hotel di sini hari ini.

Antara lokasi terlibat ialah di Kampung Kodiang Lama, Kg Kuala Tunjang dan pekan Ayer Hitam bagi parlimen Jerlun; perkarangan restoran Tart Nasi Ayam dan Jalan Starwalk hadapan MBAS, di Alor Setar; serta perkarangan pejabat UMNO Jerai dan Simpang Tiga, Sungai Limau bagi parlimen Jerai.

Bagi parlimen Kuala Kedah, antara lokasi yang terlibat ialah di Dewan Bakar Kapak dan Taman Kota Nelayan selain pekan Tunjang bagi parlimen Kubang Pasu.

“Orang ramai boleh menyemak dengan Pemuda UMNO bahagian masing-masing bagi mengetahui kesemua lokasi utama skrin gergasi ini,” katanya dan menganggarkan kira-kira 40,000 penyokong akan memeriahkan program itu.

Beliau berkata pelbagai aktiviti sampingan sepanjang perlawanan turut disediakan bagi memeriahkan lagi suasana seperti cabutan bertuah dan kuiz. – BERNAMA

Tags: Datuk Shaiful Hazizy Zainol AbidinPemuda UMNO KedahPiala Malaysia 2017
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

UMNO Tidak Boleh Silap Percaturan Lagi

21/06/2018
0

PENAWARAN diri Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin sebagai calon Presiden UMNO menunjukkan kesediaan dan kesungguhannya untuk merencana perubahan parti secara...

Pemuda UMNO Kedah Selar Kenyataan Mukhriz

01/03/2018
0

ALOR SETAR - Pemuda UMNO Kedah hari ini menyelar kenyataan Pengerusi Pakatan Harapan Kedah Datuk Seri Mukhriz Mahathir yang mendakwa...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd