• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 27, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kejohanan Ragbi Antarabangsa KGV 4-5 November

oleh AK-47
02/11/2017
dalam Sukan, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

SEREMBAN – Kejohanan Ragbi Antarbangsa SUPER KGV 10 Sepasukan edisi ke-12 2017 anjuran Sekolah Menengah Kebangsaan King George V (KGV) akan diadakan di sini selama dua hari mulai Sabtu ini.

Setiausaha kejohanan Husnizan Hussain berkata kejohanan ini merupakan satu kejohanan ragbi berprestij peringkat sekolah di bawah program pembangunan ragbi sekolah kluster kecemerlangan, Kementerian Pendidikan dengan kerjasama kerajaan Negeri Sembilan.

“Kejohanan ini akan berlangsung di padang KGV dan Majlis Perbandaran Seremban (MPS) di sini. Tahun ini, sekali lagi pihak penganjur mendapat pengiktirafan Kementerian Pendidikan sebagai satu daripada kejohanan bertaraf antarabangsa anjuran sekolah kluster kecemerlangan, Kementerian Pendidikan.

“Pasukan antarabangsa yang telah mengesahkan penyertaan ialah dari Singapura, Thailand, Sri Lanka, Hong Kong dan Indonesia,” katanya di sini, hari ini.

Katanya enam kategori umur dipertandingkan iaitu kategori bawah 10 tahun iaitu yang baharu diperkenalkan tahun ini, bawah 12 tahun, bawah 13 tahun, bawah 14 tahun, bawah 15 tahun dan bawah 16 tahun.

Katanya kejohanan ini bakal menampilkan 122 pasukan secara keseluruhan dari sekolah dan kelab ragbi seluruh negara dan luar negara.

“Terdapat juga acara sampingan lain sepanjang kejohanan itu seperti gerai jualan makanan dan peralatan sukan ragbi, ujian saringan kesihatan, persembahan basking dan lain-lain,” katanya. – BERNAMA

Tags: ragbi
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Sabah Juara Sulung Ragbi Wanita 7-Sebelah Sukma

16/09/2018
0

IPOH - Kemenangan pasukan ragbi 7-sebelah wanita Sabah pada temasya Sukan Malaysia (Sukma) ke-19 Perak 2018 merupakan hadiah berganda buat...

Malaysia Sedia Beri Tentangan Sengit Berdepan Hong Kong

04/05/2018
0

KUALA LUMPUR – Malaysia berazam memberikan tentangan sengit apabila turun menentang pasukan ranking ke-22 dunia, Hong Kong pada aksi kedua...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd