• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Skuad Kriket Negara Timba Pengalaman Piala Asia

oleh AK-47
02/11/2017
dalam Sukan, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Pemain remaja negara dituntut supaya memperoleh pendedahan dan pengalaman yang berharga apabila bersaing dengan pasukan elit dunia pada kempen Kejohanan Kriket Piala Asia (ACC) Bawah 19 Tahun di sini, minggu depan.

Presiden Persatuan Kriket Malaysia (MCA), Mahinda Vallipuram berkata fokus kejohanan peringkat kumpulan umur itu adalah lebih kepada pembangunan dan pendedahan pemain baharu supaya bersaing merebut slot dalam skuad senior di samping menang sekurang-kurang satu perlawanan.

Kejohanan Piala Asia itu akan berlangsung di sini dari 9 hingga 20 Nov ini di tiga venue – Kinrara Oval, Puchong, Bayu Emas Oval, Klang dan Kelab Kelab Diraja Selangor, di Buikit Kiara.

Katanya, cabaran besar bagi MCA dan barisan kejurulatihan adalah untuk membina tahap keyakinan dan kekuatan mental pemain muda negara apabila berdepan dengan pasukan berstatus ‘Test’ seperti India dan Pakistan serta Bangladesh.

“Pemain muda kita berbakat, mempunyai ilmu, komited dan berlatih seperti pemain lain tetapi kurang pendedahan bersaing dengan pasukan terbaik dunia….jika mereka mendapat pengalaman itu, sudah pasti prestasi mereka akan bertambah baik.

“Bagi menimba pendedahan, kami merancang untuk menghantar pemain muda ini untuk mengikuti latihan di luar negara,” katanya pada sidang media mengenai kejohanan tersebut di sini hari ini.

Beliau berkata persediaan skuad remaja negara bagi menghadapi kejohanan kali ini terjejas apabila 17 pemain dalam skuad latihan terpaksa menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tahun lepas.

Justeru, Mahinda, berkata, kejohanan ini merupakan peluang terbaik untuk pemain menimba pengalaman serta mempelajari selok-belok permainan daripada pasukan handalan dunia.

Malaysia disenaraikan dalam Kumpulan A bersama dengan India di bawah bimbingan lagenda kriket, Rahul Dravid, Bangladesh dan Nepal manakala Kumpulan B terdiri daripada Pakistan, Afghanistan, Sri Lanka dan pemenang dari pusingan kelayakan zon barat Asia.

Mahinda berkata perlawanan separuh akhir pada 16 dan 17 Nov ini serta final final pada 19 Nov akan disiarkan secara langsung menerusi stesen televisyen berbayar, Star TV manakala semua perlawanan lain boleh ditonton secara langsung menerusi Facebook.

Terdahulu, MCA telah menandatangani perjanjian dengan Dunia Sukan, sebuah majalah sukan cetak dan digital, selama 12 bulan untuk mempopularkan sukan itu dalam negara serta perjanjian dengan kumpulan fesyen Binwani, untuk menyediakan kemeja dan sut untuk pemain dan pegawai persatuan. – BERNAMA

Tags: Piala AsiaSkuad Kriket
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Harimau Muda Benam Filipina 4-0

Harimau Muda Benam Filipina 4-0

09/09/2023
0

PETALING JAYA : Skuad bawah 23 tahun (B-23) negara meneruskan rentak cemerlang di bumi Thailand apabila membenam Filipina 4-0 dalam...

Penantian 42 Tahun Berakhir, Malaysia Layak Ke Piala Asia

15/06/2022
0

KUALA LUMPUR : Skuad Harimau Malaya menamatkan penantian 42 tahun untuk layak ke pusingan akhir Piala Asia secara merit selepas...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd