• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Hairul Buat Kejutan, Lamar Hanis Masa Siaran Langsung TV

oleh Ahmad Albab
06/01/2015
dalam Artis
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Pelakon Hairul Azreen membuat kejutan pada program Gegar Vaganza, malam Ahad apabila melamar kekasihnya Hanis Zalikha, 25, untuk dijadikan sebagai isteri.

Program itu diadakan di Dewan Sri Putra Bukit Jalil di sini dan disiarkan secara langsung menerusi Astro Ria.

Hairul, 27, muncul di pentas Gegar Vaganza menyertai barisan penari lain membuat persembahan bersama kumpulan Kristal menerusi lagu Marry Me, nyanyian asal Bruno Mars.

Pada persembahan itu, Hairul telah membuat aksi breakdance sebelum pengacara program itu iaitu Nabil Ahmad dan Jehan Muse menjemput Hanis naik ke pentas.

“Saya mahu awak jadi teman baik saya. Saya mahu awak jadi rakan kongsi perniagaan saya dan saya mahu awak jadi isteri saya yang sah.

“Sebelum datang ke sini (program Gegar Vaganza), saya telah berjumpa dengan mak ayah awak untuk mendapat restu mereka.

“Ini bukan cincin tunang, ini bukan cincin nikah. Ini adalah cincin tanda awak setuju dengan lamaran ini. Sudikah awak menjadi isteri saya?” lamar aktor itu.

Hanis ketika itu tidak menjawab soalan Hairul sebaliknya kelihatan terkedu.

Selepas ditanya sekali lagi, Hanis mengangguk malu dan menjawab tanda setuju menerima lamaran Hairul untuk menjadi suri hidup aktor itu.

“Ya, saya terima lamaran ini, InsyaAllah,” ujarnya.

Jawapan tersebut membuatkan penonton di dewan bersorak menandakan keterujaan mereka terhadap pasangan itu. – mStar Online

https://www.youtube.com/watch?v=gQRbq09YTaQ

Tags: Hairul AzreenHanis Zalikha
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Aksi ‘Hand Stand’ Undang Padah, Anak Bukan Sarkas

18/10/2019
0

KUALA LUMPUR - Pelakon, Hairul Azreen baru-baru ini dikecam teruk apabila memadam komen teguran yang diberikan angkasawan negara, Dr. Sheikh...

Hairul Ditegur Sengaja Buat Hati Hanis Zalikha Tak Tenteram

09/08/2018
0

PELAKON Hairul Azreen ditegur apabila sengaja mengundang rasa sedih isterinya, Hanis Zalikha dengan memuat naik sebuah video memaparkan momen indah...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd