• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, May 23, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Remaja Dibogel, Diarak Kerana Salah Abang Sendiri

oleh AK-47
02/11/2017
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SEORANG remaja perempuan mengalami keadaan ngeri apabila diarak dalam keadaan bogel sebagai pembalasan terhadap perbuatan abangnya yang telah mencalarkan maruah keluarga.

Insiden pelik ini dilaporkan berlaku pada 27 Oktober lalu di wilayah Khyber Pakhtunkhwa, Pakistan. Anehnya yang melakukan kesalahan adalah orang lain tetapi yang dihukum pula orang tidak bersalah lain.

Menurut pihak polis setempat, abang kepada remaja 14 tahun tersebut disyaki penduduk penempatan itu konon telah menjalinkan hubungan dengan seorang wanita tanpa ikatan perkahwinan sah.

Polis mengesahkan remaja itu sedang mengambil air sebelum didatangi sekumpulan lelaki. Mereka kemudiannya membogelkan mangsa serta memaksanya berjalan dan diarak sekitar kampung selama sejam.

Pihak berkuasa perkampungan yang dikenali sebagai panchayat atau jirga dalam bahasa tempatan dikenal pasti menjatuhkan hukuman itu yang biasanya bertentangan dengan undang-undang negara.

Bagaimanapun arahan pihak berwajib setempat itu sangat dipatuhi oleh penduduk di pinggir bandar berkenaan sejak sekian lama walaupun tidak logik dan memalukan mangsa khasnya wanita.

Mereka juga bahkan menganggap undang-undang rasmi yang dikeluarkan oleh kerajaan Pakistan selama ini sebagai langsung tidak boleh dipercayai.

Disebabkan itu juga, puak ini sering melakukan hukuman pembunuhan terhadap wanita secara beramai-ramai pada setiap tahun atas pelbagai kesalahan moral.

Mereka mempercayai hukuman tersebut sebagai ‘membunuh untuk kehormatan’ yang tujuannya adalah untuk menebus semula maruah aib keluarga yang dilakukan.

Disebabkan kepercayaan itu juga, panchayat atau jirga ini akan menyelesaikan masalah keluarga penduduk berkenaan dengan melakukan tindakan ekstrem.

Insiden ini bukanlah kali pertama berlaku di kawasan perkampungan Pakistan. Remaja itu dibogelkan sebegitu sebagai balasan kerana beranggapan perlakuan abangnya itu tidak senonoh.

Ekoran insiden ini, lapan orang lelaki telah ditahan pihak polis untuk membantu siasatan. – MYNEWSHUB.CC

Tags: Pakistan
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Banduan Lari Berjaya Ditangkap Semula Di Gombak

Banduan Lari Berjaya Ditangkap Semula Di Gombak

20/04/2026
0

GOMBAK – Seorang banduan yang sebelum ini dilaporkan melarikan diri pada 9 April lalu berjaya ditangkap semula oleh pihak polis...

Menunggu Macam Orang Bodoh – Pakistan Keluar Nota Bantahan Kepada Rusia

Menunggu Macam Orang Bodoh – Pakistan Keluar Nota Bantahan Kepada Rusia

13/12/2025
0

BREAKING: Pakistan Mengeluarkan Protes Diplomatik Ke Atas Rusia Selepas Putin Tidak Hadir Pada Pertemuan Dengan PM Shehbaz Sharif Ashgabat, Turkmenistan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd