• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, June 17, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Bera Alami Gangguan Bekalan Air Pada Isnin

oleh Ahmad Albab
02/11/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUANTAN – Beberapa kawasan di Bera dekat sini, akan mengalami masalah bekalan air pada Isnin ini (6 Nov) kerana kerja penggantian dan mencuci tangki air bersih di Loji Rawatan Air Triang.

Pengurusan Air Pahang Berhad (PAIP) dalam kenyataan media di sini hari ini berkata, gangguan bekalan air yang melibatkan 16,000 akaun penggguna itu dijadual bermula pada pukul 9 pagi hingga 12 tengah malam.

Kawasan yang terlibat ialah Triang Estate, seluruh bandar Triang ke Kemayan termasuk Bandar Mengkuang, Felda Mengkuang, Mengkuang Estate, Felda Bukit Mendi, Felda Bukit Puchong, Felda Sungai Kemahal, Kampung Sungai Tuang dan Kampung Bongkok.

Turut terjejas ialah seluruh Kerayong, kawasan perumahan sekitar Bandar Bera hingga ke sempadan Bera, Kampung Mengkarak, Ladang Karmen, Durian Tawar, Kampung Jelam, Kuala Bera dan Kampung Gemuruh.

Sehubungan itu, pengguna dinasihatkan menyimpan bekalan air secukupnya dan mereka boleh menghubungi Pusat Khidmat Pelanggan (PULAPEL) di 09-5739999 untuk pertanyaan. – BERNAMA

Tags: bekalan airPAIP
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

PAIP Bantu Padam Kereta Terbakar, Tindakan Pantas Elak Kejadian Lebih Buruk

PAIP Bantu Padam Kereta Terbakar, Tindakan Pantas Elak Kejadian Lebih Buruk

28/03/2026
0

MARAN – Detik cemas bertukar menjadi kisah keberanian apabila pasukan lori tangki Pengurusan Air Pahang Berhad (PAIP) bertindak pantas membantu...

Mudah Rakyat Johor Berhubung Dengan Pemangku Sultan

Mudah Rakyat Johor Berhubung Dengan Pemangku Sultan

01/08/2025
0

Terputus bekalan air ni satu isu...yang InsyaAllah pastinya akan diatasi Baginda Tuanku dengan pentadbiran negeri tidak lama lagi. Dapat dilihat...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd