• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, July 5, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

MIC Tidak Akan Benarkan Pendaftarannya Dibatalkan

oleh Ahmad Albab
05/01/2015
dalam Politik, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Presiden MIC Datuk Seri G. Palanivel hari ini menjamin kepimpinan parti itu tidak akan membenarkan parti itu dibatalkan pendaftarannya dalam apa cara sekalipun.

Beliau berkata terdapat kebimbangan MIC akan dibatalkan pendaftarannya dalam tempoh 90 hari daripada tarikh 5 Dis 2014, jika pemilihan semula tidak dilaksanakan.

Palanivel mendakwa pelbagai tuduhan dan maklumat salah disebarkan kepada media berkaitan isu pemilihan parti itu yang dibangkitkan oleh Pendaftar Pertubuhan (ROS).

“Pertama, ROS telah mengeluarkan surat bertarikh 5 Dis 2014 kepada MIC berkaitan dengan dakwaan yang dibuat oleh beberapa pihak selepas pemilihan Naib Presiden dan anggota Jawatankuasa Kerja Pusat (CWC).

Penemuan dan syor dibuat tanpa MIC diberi sebarang peluang untuk menjawabnya kepada ROS,” kata beliau di dalam satu kenyataan di sini Ahad.

Pada 5 Dis lepas, ROS mengisytiharkan pemilihan bagi tiga jawatan naib presiden dan 23 jawatan anggota CWC serta beberapa pemilihan bahagian sebagai tidak sah kerana terdapat penyelewengan dan menasihati MIC tidak mengadakan perhimpunan agung tahunannya sehingga isu itu diselesaikan.

ROS juga mengarahkan supaya pemilihan semula bagi jawatan berkenaan diadakan dalam tempoh 90 hari.

Justeru, Palanivel berkata beliau telah segera melantik barisan peguam untuk melihat isu ini dan atas nasihat peguam MIC menghantar sepucuk surat bertarikh 24 Dis tahun lepas meminta penjelasan dan membangkitkan beberapa isu dengan ROS dan menerima jawapan menerusi surat bertarikh 31 Dis 2014.

“Peguam kami sedang membaca dengan teliti semua isu dan akan memberi nasihat untuk tindakan selanjutnya dalam masa terdekat. Setakat ini, saya tidak boleh memberi perinciannya kerana mungkin menjejaskan hak MIC,” katanya.

Buat masa ini beliau berkata, MIC sekali lagi menghantar surat kepada ROS pada 2 Jan lepas memohon untuk diberikan lanjutan masa.

“Saya ingin menjelaskan bahawa terdapat beberapa prosedur dan saluran sesuai di bawah Akta Pertubuhan 1966 untuk berurusan dengan rungutan dan keputusan yang dibuat ROS,” katanya.

Beliau berkata dengan nasihat barisan peguamnya, MIC mengikuti prosedur yang sesuai dan mengambil segala langkah diperlukan untuk mempertahankan kepentingan parti itu dalam isu ini. – BERNAMA

Tags: G.PalanivelMIC
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

BN Negeri Sembilan Bertanding Semua 36 Kerusi DUN – Jalaluddin

BN Negeri Sembilan Bertanding Semua 36 Kerusi DUN – Jalaluddin

06/06/2026
0

JELEBU - Barisan Nasional (BN) akan bertanding di kesemua 36 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN)...

Pemuda BN Seru Bangsa Johor Terus Beri Mandat Kukuh Kepada BN

Pemuda BN Seru Bangsa Johor Terus Beri Mandat Kukuh Kepada BN

04/06/2026
0

JOHOR BAHRU – Pemuda Barisan Nasional (BN) Johor menyeru Bangsa Johor tanpa mengira kaum, agama dan latar belakang untuk terus...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd