• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, June 17, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

FBI, Polis Siasat Motif Di Sebalik Serangan Di NY

oleh Ahmad Albab
02/11/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

NEW YORK – Biro Siasatan Persekutuan (FBI) dan pasukan keselamatan sedang berusaha menyelesaikan motif di sebalik tindakan individu yang melakukan serangan pengganas di kawasan pusat bandar New York pada Selasa.

Seorang pemandu yang menaiki trak sewa merempuh sekumpulan orang awam membunuh lapan orang dan 11 cedera menurut maklumat terkini yang disifatkan sebagai serangan terburuk di bandar raya itu sejak 11 Sept 2001 yang memusnahkan menara berkembar, Pusat Dagangan Dunia.

Gabenor New York Andrew Cuomo pada Rabu pagi berkata suspek adalah ‘pengganas domestik’ di Amerika Syarikat (Amerika).

“Bukti telah menunjukkan…selepas datang ke Amerika Syarikat, dia mula terdedah kepada Daesh dan taktik Islam radikal,” katanya.

Suasana kawasan pusat bandar New York bertukar kelam-kabut, dengan pasukan keselamatan mengawal tapak insiden itu dan cuba mendapatkan sebanyak mungkin bukti yang dapat memberi pencerahan kepada serangan itu.

Datuk Bandar New York Bill de Blasio mengutuk insiden itu dan menyifatkan serangan tersebut adalah perbuatan pengganas khususnya dilakukan pengecut untuk mencederakan dan membunuh orang awam yang tidak berdosa.

Sementara Pesuruhjaya Polis New York James O’Neill memberi butiran mengenai kejadian itu pada sebelah petang, menyatakan seorang lelaki memandu sebuah trak sewa merempuh pejalan kaki dan penunggang basikal di laluan basikal.

Trak itu turut merempuh bas sekolah serta mencederakan dua dewasa dan dua kanak-kanak. Pemandu terbabit kemudian dikatakan keluar dari kenderaan tersebut sambil memegang dua senapang iaitu senapang paintball dan senapang angin, menurut O’Neil.

Suspek yang cedera di perut selepas ditembak polis berjaya ditangkap, dan dikatakan berusia 29 tahun adalah imigran kelahiran Uzbekistan, dikenali sebagai Sayfullo Saipov, dan datang ke Amerika Syarikat pada 2010.

Pasukan penyiasat menggeledah kediaman Saipov di New Jersey pada Selasa malam. Berdasarkan maklumat awal, Saipov menjadi pemandu Uber di New Jersey selama lebih enam bulan. Syarikat pengangkutan itu sedang bekerjasama dengan pihak berkuasa dalam siasatan tersebut.

Suspek yang dimasukkan ke hospital telah menjalani pembedahan.

Menurut sumber polis malam tadi (Selasa di New York), suspek dijangka selamat.

Sebagaimana diperkatakan komentator, serangan pada Selasa itu berlaku pada sambutan Halloween, apabila orang ramai keluar dan bandar raya itu sesak dengan mereka yang ingin bersuka-ria terutamanya kanak-kanak , pergi dari pintu ke pintu mengikut tradisi ‘trick-or-treat’.

Jabatan Polis New York meningkatkan kehadiran bilangan anggotanya di seluruh bandar raya sebagai langkah berjaga-jaga.

Menurut maklumat awal yang diperoleh daripada komentar pihak berkuasa, pelaku insiden Selasa itu mendapat inspirasi daripada kumpulan pengganas Daesh.

Dengan perhatian tertumpu kepada Uzbekistan, negara asal lelaki yang didakwa melakukan serangan, presiden negara itu, Shavkat Mirziyoyev pada Rabu berkata serangan itu sebagai “tidak berhati perut dan kejam” dan Uzbekistan bersedia untuk membantu siasatan.

Presiden itu yang membuat komentar pada laman sesawang Kementerian Luar Uzbekistan, berkata rakyatnya bersama-sama sepenuhnya dengan rakyat Amerika dalam kejadian ini.

Walaupun angka tepat tidak diperoleh, dianggarkan kira-kira 40,000 rakyat Uzbekistan datang ke Amerika Syarikat dalam tempoh dua dekad yang lalu, dengan hanya dua peratus daripada mereka dikatakan pelarian.

Sementara itu, Konsulat Malaysia di New York akan menyalurkan maklumat terkini kepada komuniti Malaysia, dan ‘memantau rapi situasi itu’ berikutan serangan di pusat bandar Manhattan.

Sehingga Rabu pagi, tiada maklumat rakyat Malaysia terbunuh atau cedera dalam serangan itu.

Seluruh dunia menzahirkan simpati dan takziah kepada kerajaan Amerika Syarikat termasuk pemimpin Asia antaranya Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Najib Tun Razak yang mengutuk serangan itu. – BERNAMA

Tags: FBInew york
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Apakah Itu Pengarah FBI, Kash Patel Yang Beriya Menari Bollywood?

Apakah Itu Pengarah FBI, Kash Patel Yang Beriya Menari Bollywood?

30/03/2026
0

Oleh Mynewshub   WASHINGTON – Sebuah kumpulan penggodam yang dikenali sebagai Handala Hack Team mendakwa berjaya menceroboh akaun emel peribadi...

Netanyahu Tegaskan Tidak Takut Kunjungi New York Selepas Ancaman Tangkapan

Netanyahu Tegaskan Tidak Takut Kunjungi New York Selepas Ancaman Tangkapan

14/11/2025
0

LAPORAN BERITA MYNEWSHUB KUALA LUMPUR – Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu menegaskan bahawa dia “tidak takut” untuk berkunjung ke New...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd