• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 21, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Mufti Perlis Pertahan Mahathir Dikecam Melayu

oleh AK-47
01/11/2017
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Mufti Perlis, Prof. Madya Datuk Dr. Mohd. Asri Zainul Abidin hari ini tampil mempertahankan sekutu DAP, Tun Dr. Mahathir Mohamad daripada kecaman orang Melayu.

Beliau dalam cacatan di Facebook mendakwa dirinya konon lebih tahu siapakah Mahathir yang sebenar berdasarkan pengenalan beliau secara peribadi dengan Mahathir sejak tahun 2007.

“Mahathir lebih fikir tentang nasib orang Melayu dibandingkan ramai yang lain. Saya banyak kali berbual secara langsung dengan beliau sejak dahulu. Saya kata ‘hati nurani beliau sangat Melayu’,” dakwanya.

Justeru, Mohd. Asri menempelak mereka yang menyatakan Mahathir kini menjadi pengkhianat Melayu apabila bersekongkol dengan DAP yang jelas tidak pernah memperjuangkan hak Melayu dan Islam.

“Kebencian kita kepada seseorang tidak wajar sehingga kita menzalimi haknya,” dalihnya lagi. Untuk rekod pembangkang sebelum ini sering kutuk Mahathir termasuk menggelarnya diktator Maha Firaun!

Mohd. Asri bagaimanapun memang diketahui umum sebagai individu yang sangat rapat dengan Mahathir dan isterinya, Tun Dr. Siti Hasmah Mohamad Ali.

Keakraban mereka berlangsung sejak Mahathir masih lagi dalam UMNO iaitu sebelum Mahathir bertindak keluar parti dan menubuhkan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM)

Kemesraan mereka juga bermula iaitu sebelum Mahathir berjaya dipancing oleh DAP dan Pakatan Harapan untuk menyertai gabungan parti pembangkang bagi menumbangkan kerajaan BN diterajui UMNO.

Mahathir ketika ini dibawa berkempen ke seluruh negara oleh pembangkang terutama di kawasan-kawasan orang Melayu untuk memenangkan DAP dan Pakatan Harapan dalam pilihan raya umum kelak.

Berikutan itu Mahathir itu dikecam ramai orang Melayu kerana dilihat seolah-olah mengkhianati kaum Melayu semata-mata demi agenda politiknya. – MYNEWSHUB.CC

Tags: Mufti PerlisProf. Madya Datuk Dr. Mohd. Asri Zainul Abidin
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Mufti Perlis Ulas Kes NGO Didakwa Seleweng Dana Zakat

Mufti Perlis Ulas Kes NGO Didakwa Seleweng Dana Zakat

22/04/2026
0

KUALA LUMPUR – Mufti Perlis, Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin tampil memberi ulasan berhubung kes sebuah badan bukan kerajaan...

Apakah Undang-Undang Hanya ‘Cengih’ Untuk Yang Beragama Islam Sahaja? – Mufti Perlis

Apakah Undang-Undang Hanya ‘Cengih’ Untuk Yang Beragama Islam Sahaja? – Mufti Perlis

14/03/2026
0

Oleh Mynewshub KUALA LUMPUR – Mufti Perlis, Mohd. Asri Zainul Abidin mempersoalkan sama ada undang-undang di negara ini dilihat hanya...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd