• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 1, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Tahun Kedua Peluk Islam, Marsha Tunai Umrah

oleh AK-47
01/11/2017
dalam Artis, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

DALAM kesibukan mempromosikan single terbarunya iaitu Hilang, nampaknya penyanyi Marsha masih sempat menjalankan ibadahnya sebagai seorang saudara baru.

Penyanyi, Marsha atau nama sebenarnya Marsha Milan Londoh hari ini bakal menunaikan umrah bersama-sama suami dan keluarganya.

Perkhabaran itu telah dikongsikan melalui Instagramnya. Finalis AF Megastar ini turut memohon doa daripada peminat dan pengikutnya agar urusan umrahnya dipermudahkan.

Semoga dipermudahkan.. #umrah

A post shared by Madrid Milan London (@marshamilan) on Oct 31, 2017 at 9:44pm PDT

Marsha turut berkongsi persiapan yang dilakukan dengan pengikut-pengikutnya di laman Instagram.

Tiga hari lalu, Marsha telah selesai mengikuti kursus umrah bersama suaminya.

“Alhamdulillah selesai kursus umrah bersama suami tercinta,” tulisnya di laman Instagram.

Nampaknya, setelah hampir dua tahun memasang niat untuk mengerjakan umrah sejak masuk Islam, hajatnya bakal dilaksanakan tidak lama lagi.

“Insya-Allah, saya akan menunaikan umrah pada 1 November (hari ini) bersama-sama keluarga saya,” katanya dipetik Astro Gempak.

Dalam pada itu, pengikut serta peminat-peminatnya menyambut baik berita yang disampaikan itu dan mendoakan Marsha dapat beribadah dengan tenang.

Bukan itu sahaja, malah ada antara mereka yang mendoakan agar penyanyi itu akan berhijab selepas kepulangannya dari Tanah Haram dek kerana kecantikannya bertudung.

“Lawa Marsha pakai tudung. Semoga berterusan, dipermudahkn dan berjalan dengan lancar menjalani ibadah umrah brsama suami tersayang. Amin..,” tulis @fs_shaniayana.

Komen @adilachin pula, “Cantiknya Marsha pakai tudung. Semoga pintu hatinya terbuka untk berhijab ya Allah.”

Doakan sahaja yang baik-baik untuk Marsha, mungkin betul sebaik pulang dari mengerjakan umrah, pintu hatinya dijentik Allah untuk terus berhijab. – MYNEWSHUB.CC/SA

Tags: Marsha Milantunai umrah
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Solat Kapasiti Penuh Di Masjidil Haram, Masjid Nabawi Bermula Hari Ini

18/10/2021
0

KUALA LUMPUR: Solat berjemaah dengan kapasiti penuh mula dibenarkan di Masjidil Haram, Mekah dan Masjid Nabawi, Madinah bermula hari ini...

Nabil Tunai Umrah Malam 10 Terakhir Ramadan

20/05/2018
0

PENGACARA dan pelawak, Nabil Ahmad memberitahu bahawa dia akan sekali lagi berangkat kota suci Makkah bagi menunaikan ibadah Umrah pada...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd