• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Dua Pelajar Terjatuh Longkang Ditemui Lemas

oleh Ahmad Albab
01/11/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Mayat dua pelajar Tingkatan Satu yang dipercayai lemas selepas dihanyutkan arus deras ketika menyeberang longkang dalam kejadian berhampiran sebuah sekolah menengah di Taman Yarl dekat Jalan Klang Lama, di sini, Isnin lalu, ditemui hari ini.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kuala Lumpur, Khirudin Drahman berkata mayat kedua-dua mangsa, Muhammad Shafiq Akmal Amran dan Rafiuddin Fakhrullah Ridzuan, masing-masing berumur 13 tahun, ditemui pada jam 7.40 dan 8.03 pagi ini.

“Kedua-dua mangsa telah dijumpai di kawasan lombong Kampung Muhibah, jarak antara satu sama lain adalah kira-kira 40 meter,” katanya kepada pemberita, di sini.

Beliau berkata Operasi Mencari dan Menyelamat (SAR) dua pelajar itu disambung semula jam 7 pagi ini dengan kerjasama pelbagai agensi seperti anggota polis, bomba, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia dan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur.

Beliau berkata mayat kedua-dua mangsa di bawa ke Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM) untuk dibedah siasat.

Tinjuan Bernama mendapati kedua-dua mayat dibawa ke permukaan menggunakan kayak oleh anggota bomba dan media tidak dibenarkan berada di lokasi kejadian. Jarak antara longkang tempat mangsa dihanyutkan dan lombong mayat mangsa ditemui adalah sekitar satu kilometer.

Dalam kejadian 3 petang itu, Muhammad Shafiq Akmal dan Rafiuddin Fakhrullah Ridzuan, dilaporkan hilang selepas terjatuh ke dalam longkang tersebut sebelum dihanyutkan arus deras. – BERNAMA

Tags: lemas
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Lelaki Terjatuh Di Empangan Sultan Azlan Shah Ditemui Meninggal Dunia

Lelaki Terjatuh Di Empangan Sultan Azlan Shah Ditemui Meninggal Dunia

05/03/2026
0

IPOH – Misteri kehilangan seorang lelaki selepas dipercayai terjatuh di Empangan Sultan Azlan Shah pada 27 Februari lalu akhirnya terungkai...

Hero Lemas Selepas Menyelamatkan Orang Lain

Hero Lemas Selepas Menyelamatkan Orang Lain

12/01/2026
0

Tragedi Di Sungai Kedondong Jadi Amaran Keras Kepada Orang Awam IPOH – Seorang lelaki berbangsa India berusia lingkungan 20-an disahkan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd