• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Lebih 3,000 Bersesak Dapatkan Tiket Final Di Kedah

oleh Ahmad Albab
01/11/2017
dalam Sukan, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

ALOR SETAR – Lebih 3,000 penyokong Lang Merah bersesak di empat kaunter penjualan tiket di Stadium Darul Aman bagi mendapatkan tiket final Piala Malaysia antara Kedah dan JDT yang dijadualkan Sabtu ini.

Tinjauan Bernama hingga 9.30 pagi mendapati rata-rata penyokong Kedah yang bermalam dan beratur seawal 8 malam semalam berjaya mendapatkan tiket sebaik kaunter jualan dibuka pada 9 pagi.

Pengerusi Jawatankuasa Teknikal Tiket dan Pintu Masuk Persatuan Bola Sepak Kedah (KFA) Shaharol Niza Omar berkata hampir 10,000 tiket yang disediakan di empat kaunter habis terjual dalam tempoh 45 minit.

“Jumlah tiket yang kita dapat ialah 30,000 tetapi 18,000 telah diperuntukkan kepada 400 bas manakala lebih 3,000 kepada kelab gabungan, pasukan, exco KFA dan penaja,” katanya ketika ditemui pemberita di Stadium Darul Aman, hari ini.

Beliau berkata proses penjualan tiket berjalan lancar namun berlaku sedikit kekecohan apabila ada penyokong yang tidak mendapat tiket.

“Satu kaunter tiket khas untuk penyokong wanita juga dibuka bagi memudahkan pembelian tiket dan keadaan terkawal dengan bantuan daripada pihak polis,” katanya.

Mohd Hafiz Muhammad Halimy, 35, dari Yan gembira kerana berjaya mendapatkan tiket selepas beratur seawal 9 malam semalam bersama seorang rakannya.

Sementara itu, Siti Nabilah Salim, 23, pula berkata dia kecewa selepas gagal mendapatkan tiket walaupun telah menunggu di hadapan kaunter sejak 8 malam tadi.

“Saya sedih kerana tidak dapat menyaksikan final di Stadium Shah Alam nanti kerana setiap kali pasukan berjaya ke final saya akan turun memberi sokongan kepada mereka,” katanya.

Dalam pada itu, ratusan penyokong kecewa yang tidak mendapat tiket berkumpul di hadapan Pejabat KFA sekitar 10.15 pagi bagi menyatakan kekecewaan mereka. – BERNAMA

Tags: Piala Malaysia
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

JDT Tanpa Kalah 25 Perlawanan Piala Malaysia, Sasar Final Lagi

JDT Tanpa Kalah 25 Perlawanan Piala Malaysia, Sasar Final Lagi

01/04/2026
0

JOHOR BAHRU – Johor Darul Ta'zim (JDT) terus membuktikan dominasi apabila mencatat rekod tanpa kalah dalam 25 perlawanan Piala Malaysia...

Perkhidmatan PERKESO Tidak Terjejas Berikutan Serangan Siber

Padang Rosak Stadium Nasional Tak Banyak Berubah

08/12/2023
0

KUALA LUMPUR: Keadaan padang di Stadium Nasional, Bukit Jalil tampak tidak banyak berubah ketika aksi final Piala Malaysia antara Johor...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd