• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Berbanggalah Dengan Pencapaian Negara Sendiri

oleh AK-47
01/11/2017
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SELEPAS Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak membentangkan #Bajet2018, ada pihak yang mendakwa bajet kita gagal atas alasan nilai ringgit rendah, kos sara hidup tinggi, dan rasuah berleluasa.

Inilah yang diulang-ulang oleh mereka untuk menunjukkan kerajaan kita tidak kompeten, biarpun realitinya kerajaan telah membentangkan bajet terbaik dan paling komprehensif dalam sejarah negara.

Persoalannya, gagal apa jika rakyat masih sejahtera, dan negara masih aman. Negara kita tidaklah negara berperang seperti Syria, Congo, dan Eritrea atau tidaklah kebulur seperti negara Mozambique dan Somalia.

Dalam Indeks Keamanan Global 2017, negara kita berada di tangga 29 daripada 159 negara, lebih aman dari Korea Selatan, Perancis, Indonesia dan Amerika Syarikat.

Gagal apa jika lima universiti kita adalah antara ‘300 terbaik dunia’, pasport kita adalah kelima terkuat di dunia, dan passport kita mempunyai akses bebas-visa ke 155 negara di dunia.

Sistem pengangkutan awam kita pula adalah ke-11 daripada 138 terbaik di dunia. Gagal apa jika dari segi pelaburan, lihat sahajalah dalam tempoh tujuh bulan sahaja dari November 2016 sehingga Mei 2017.

Pelaburan asing yang dibawa masuk oleh PM telah mencecah RM366 bilion. Ekonomi negara pula berkembang 5.6% pada suku pertama 2017 berbanding 4.2% bagi tempoh sama pada tahun 2016.

Nilai perdagangan Malaysia antara Januari dan Julai tahun ini pula mencapai RM1.008 trilion, meningkat sebanyak 22.7% berbanding tempoh yang sama tahun lalu.

Perdana Menteri sendiri akui kerajaan bukan sempurna, tetapi kita bukan sebagai sebuah negara gagal. Negara gagal cuma label yang diberikan oleh mereka untuk memburukkan kerajaan.

Berbanggalah dengan pencapaian negara sendiri!

Salleh Said Keruak
Menteri Komunikasi & Multimedia

Tags: Bajet 2018Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Salleh Galas Tugas Pengerusi UMNO Sabah

05/06/2018
0

KOTA KINABALU - Timbalan Pengerusi Perhubungan UMNO Sabah, Datuk Seri Dr. Salleh Said Keruak dilantik menjalankan tugas Pengerusi Perhubungan UMNO...

Pembangkang Sebar Berita Palsu Sebab Tahu Akan Kalah

09/05/2018
0

KUALA LUMPUR – Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak membidas pembangkang yang menyebarkan berita palsu untuk...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd