• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 21, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Majlis Pimpinan Pemuda PR Bukti Penguasaan DAP

oleh Ahmad Albab
01/11/2017
dalam Politik, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Komposisi Majlis Pimpinan Pemuda Pakatan Harapan yang diumumkan baru-baru ini menyerlahkan lagi penguasaan dan dominasi DAP dalam pakatan pembangkang.

Pengarah Pusat Kajian Politik Malaysia (Mapan) Universiti Utara Malaysia (UUM), Dr. Kamarul Zaman Yusoff berkata, DAP mempunyai wakil paling ramai dalam majlis pimpinan tersebut berbanding parti pembangkang lain.

Menurut beliau, ketika Parti Keadilan Rakyat (PKR), Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) dan Parti Amanah Negara (PAN) hanya mempunyai enam wakil dalam Majlis Pimpinan Pemuda Pakatan Harapan, DAP mempunyai seramai tujuh wakil.

“Ketika PKR, PPBM dan PAN masing-masingnya hanya mempunyai seorang wakil pada jawatan Naib Ketua Pemuda Pakatan Harapan Malaysia, DAP mempunyai tiga wakil.

“DAP juga membolot jawatan amat penting, Ketua Setiausaha Pemuda Pakatan Harapan Malaysia melalui Ketua Pemuda DAP Perak, iaitu Howard Lee Chuan How.

“Howard Lee Chuan How menetap di British selama 12 tahun dan hanya kembali ke Malaysia pada 2007 setelah permohonan beliau untuk mendapat kerakyatan British ditolak,” katanya di Facebook semalam.

Kamarul Zaman berkata, satu lagi perkara yang boleh disimpulkan melalui komposisi Majlis Pimpinan Pemuda Pakatan Harapan adalah mengenai hipokrasi DAP dalam berpolitik.

Kata beliau, DAP mendakwa ia parti berbilang kaum dan Pemuda DAP mempunyai tiga AJK Melayu, iaitu Raja Ahmad Iskandar Fareez, Dyana Sofya Mohd Daud dan Mohd Firdaus Babh.

Bagaimanapun, katanya, tiada seorang daripada tiga AJK Melayu Pemuda DAP tersebut dimasukkan sebagai wakil DAP dalam Majlis Pimpinan Pemuda Pakatan Harapan.

“Inikah agaknya sebab mengapa Tan Sri Abdul Rashid Abdul Rahman melihat DAP sebagai memperalatkan Melayu, iaitu “Melayu haprak”, “bengong”, “tak guna” dan “alat”, sahaja?,” katanya. – Mynewshub.cc

Tags: DAP
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Veteran UMNO Desak Keluar Kerajaan, Sudah Lama Bersabar Dituduh Kuda Tunggangan DAP

Veteran UMNO Desak Keluar Kerajaan, Sudah Lama Bersabar Dituduh Kuda Tunggangan DAP

20/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Veteran UMNO mendesak parti itu membuat keputusan keluar dari kerajaan sekarang demi maruah Melayu dan parti. Setiausahanya,...

Sejak DAP Ada Kuasa, Sedikit Demi Sedikit Mereka Cuba Ubah – Afnan Hamimi

Sejak DAP Ada Kuasa, Sedikit Demi Sedikit Mereka Cuba Ubah – Afnan Hamimi

20/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Ketua Pemuda Pas, Afnan Hamimi Taib Azamudden menyifatkan DAP kebelakangan ini semakin biadap dengan menyanggah titah raja...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd