• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, May 23, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Ibu Lacur Anak: 5 Lelaki Bangladesh Ditahan

oleh AK-47
01/11/2017
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

JOHOR BAHRU – Polis menahan lima lelaki rakyat Bangladesh, awal hari ini, bagi membantu siasatan kes dua kanak-kanak perempuan yang disyaki dilacur ibu mereka.

Ketua Polis Johor, Datuk Mohd Khalil Kader Mohd berkata kelima-lima pekerja kilang berumur 28 hingga 42 tahun ditahan itu di sekitar kawasan Senai dekat Kulai.

“Penahanan dilakukan ekoran tertangkapnya seorang wanita yang disyaki melacurkan kedua-dua anak perempuannya,” katanya menerusi kenyataan di sini malam ini.

Mohd Khalil berkata kelima-lima lelaki terbabit dibawa ke Mahkamah Majistret Johor Bahru tengah hari tadi untuk mendapatkan perintah reman.

Beliau berkata kesemua mereka kini direman bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 14 Akta Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran (Atipsom) 2007.

Rabu lepas, polis menahan seorang wanita, kerana disyaki melacurkan dua anak perempuannya yang berumur lapan dan 10 tahun kepada tiga lelaki asing di sebuah hotel bajet di bandar raya ini.

Wanita berumur 39 tahun itu ditahan di rumahnya di Taman Bintang, Senai, dekat Kulai, selepas polis bertindak atas maklumat awam.

Wanita itu disyaki melakukan kegiatan itu sejak sebulan lepas.

Dia disyaki membawa kedua-dua anaknya ke hotel terbabit setiap Jumaat dan meninggalkan mangsa di hotel bersama tiga lelaki itu.

Wanita berkenaan yang merupakan ibu tunggal dipercayai menerima bayaran berjumlah RM50 setiap kali menjalankan ‘urus niaga’ berkenaan.

Kedua-dua mangsa sudah dirujuk ke Hospital Sultanah Aminah untuk pemeriksaan dan diserahkan kepada pihak Jabatan Kebajikan Masyarakat. -BERNAMA

Tags: lacur
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Bapa Lacur Anak Dihukum Penjara 60 Tahun

26/03/2018
0

TINDAKAN seorang bapa yang mengiklankan anak perempuannya yang berusia empat tahun untuk tujuan pelacuran di Internet akhirnya membawa padah apabila...

Ibu Durjana Lacurkan Dua Anak Bawah Umur

01/11/2017
0

JOHOR BAHRU- Dua beradik tiri, masing-masing berusia lapan dan 10 tahun, didakwa telah dilacurkan kepada warga Bangladesh serendah RM50 setiap...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd