• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 27, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Muhamad Ali Dikenali Sebagai ‘Lelaki Bijak’

oleh AK-47
31/10/2017
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – “Arwah gemar menyampaikan mesej melalui lukisan,” kata rakan kepada bekas Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Johor Corporation (JCorp) Allahyarham Tan Sri Muhammad Ali Hashim yang meninggal dunia hari ini.

​​​​​ Muhammad Ismail Haji Ismail, 70, berkata ketika zaman persekolahan, Allahyarham akan menerangkan kepada rakan-rakan tentang sesuatu topik atau subjek melalui lukisan dan lakaran bagi memudahkan mereka memahami apa yang ingin disampaikannya.

“Saya ingat lagi, ketika kami masih di Sekolah Tinggi Muar, Johor pada 1958…arwah suka menggunakan lukisan bagi memahami sesuatu subjek dan dia juga akan mengajar rakan lain sehingga faham.

“Hasilnya, beliau sentiasa cemerlang dalam setiap ujian sehingga digelar ‘brilliant boy’ dalam kalangan rakan- rakan,” katanya.
Muhammad Ismail berkata kali terakhir beliau bertemu dengan Allahyarham ialah pada bulan lepas di Hospital KPJ Damansara.

“Saya sudah beberapa tahun tidak jumpa dia, namun saya tak sangka walaupun arwah tidak sihat, dia masih mengingati saya dan berbual mesra dengan saya seolah-olah tiada apa yang berlaku terhadapnya,” kata beliau kepada Bernama.

Allahyarham meninggal dunia di Hospital KPJ Damansara kira-kira 3.30 petang tadi, selepas lebih dua bulan dimasukkan ke hospital berkenaan kerana menghidap barah.

Sementara itu, Datuk Abdul Karim Abu bakar, 76, yang merupakan sepupu kepada Allahyarham, berkata arwah seorang yang sangat jujur dalam melaksanakan amanah dipikulnya.

“Ali sangat telus, dia tak akan bagi projek diterajuinya kepada ahli keluarga mahupun rakan-rakan… sekiranya mahu mereka harus melalui prosedur yang betul.

“Arwah juga sangat ramah dan sentiasa menjaga kepentingan orang lain berbanding dirinya… baginya selain keluarga, syarikat dan pekerjanya merupakan amanah yang paling besar arwah harus pikul,” katanya.

Timbalan Presiden Dewan Perdagangan Islam Malaysia (DPIM) Mohammad Sahar Mat Din, pula berkata Allahyarham mengetahui penyakit barah yang dihidapinya sembilan bulan lepas.

“Walaupun dia sedar tentang penyakit dihadapinya, sedikit pun tidak mematahkan semangatnya daripada melaksanakan tugas sebagai Presiden DPIM.

“Saya berjumpa dengan arwah pada Ahad lepas di hospital…namun dia masih bertanya perkembangan persatuan terutamanya usaha arwah yang sedang membangunkan wakaf korporat yang dilihat mampu membantu peniaga Islam,” katanya.

Mohammad Sahar berkata arwah sentiasa berharap usaha beliau dalam membangunkan wakaf korporat akan diteruskan walaupun selepas ketiadaannya.

Sementara itu, Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) Tan Sri Othman Mustapha menyifatkan Allahyarham merupakan seorang tokoh yang telah memberi sumbangan besar dalam pembangunan wakaf korporat di Malaysia.

Beliau berkata ini kerana Allahyarham ternyata telah merancakkan perkembangan ekonomi Islam di Malaysia melalui pelbagai jawatan yang pernah disandang sewaktu hayatnya.

“Allahyarham pernah dilantik sebagai Presiden Dewan Perdagangan Islam Malaysia serta Ketua Kluster Ekonomi Majlis Perundingan Islam (MPI), dan telah mencurahkan idea-idea yang bernas terhadap kemajuan ekonomi umat Islam.

“Malah, Allahyarham pernah menerima Anugerah Penghargaan Maal Hijrah Tahun 1428H/2007M Peringkat Kebangsaan. Saya mewakili warga Jakim melahirkan rasa sedih dan dukacita di atas pemergian Allahyarham,” katanya dalam kenyataan, sambil berharap keluarga Allahyarham tabah dan sabar menghadapi ketentuan Ilahi. -BERNAMA

Tags: Allahyarham Tan Sri Muhammad Ali Hashim
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

JCorp, Syarikat Kumpulan Zahir Takziah

01/11/2017
0

JOHOR BAHRU - Johor Corporation (JCorp) dan syarikat kumpulannya menzahirkan takziah atas pemergian bekas Presiden dan Ketua Eksekutif JCorp Allahyarham...

Johor Ucap Takziah Kematian Bekas CEO JCorp

01/11/2017
0

JOHOR BAHRU - Kerajaan Johor mengucapkan takziah kepada keluarga bekas Presiden dan Ketua Eksekutif Johor Corporation (JCorp), Allahyarham Tan Sri...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd