• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Netizen Teruja Wajah Fattah Di Bantal Syarikat Tilam

oleh
31/10/2017
dalam Artis, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KISAHNYA hanyalah pelancaran sebanyak 500 bantal bersaiz kecil dengan wajah duta tilam King Koil, Fattah Amin yang akan diberikan secara percuma bagi setiap pembelian koleksi tilam Prince.

Namun ramai netizen dilaporkan lebih teruja melihat penampilan terbaharu aktor itu yang agak kacak berbanding imej sebelum ini ketika majlis pelancaran koleksi produk syarikat tersebut di Menaral Kuala Lumpur pada Selasa.

Fattah atau nama sebenarnya Abdul Fattah Mohd. Amin merupakan selebriti tempatan yang dilantik sebagai duta baharu jenama tilam tersbeut bagi meningkatkan jumlah penjualan produk berkenaan sepanjang tahun ini.

Pengurus Besar Kanan King Koil Bedding (Malaysia) Sdn Bhd, Cheng Kai Hin berkata, antara ciri terbaharu yang terdapat pada koleksi tilam Prince adalah sistem Tri-Zone yang memberi sokongan kepada tulang belakang.

Ia menyediakan sokongan pada bahagian atas badan, bahu dan leher di bahagian zon pertama manakala zon kedua memberi sokongan pada bahagian tulang belakang sementara zon ketiga pula untuk sokongan bahagian kaki.

Uniknya, akaun Instagram rasmi Fattah pula dihujani ratusan komen dan ribuan tanda suka daripada peminat yang lebih hangat membicarakan mengenai wajah pelakon ini berbanding kisah dirinya sebagai duta tilam King Koil.

LIVEUPDATE King Koil 👑 Collection Launching KL Tower | 31st October 2017 . 📸 by @_msg.co Outfit by @rizmanruzaini . #fattahaminz #fattahamin #kingkoil #princecollection #productlaunch #bestbed #pillow #liveupdate #msgreenartgallery

A post shared by Fattah Amin (@fattahaminz) on Oct 31, 2017 at 3:44am PDT

LIVEUPDATE King Koil 👑 Collection Launching KL Tower | 31st October 2017 . 📸 by @_msg.co Outfit by @rizmanruzaini . #fattahaminz #fattahamin #kingkoil #princecollection #productlaunch #bestbed #pillow #liveupdate #msgreenartgallery

A post shared by Fattah Amin (@fattahaminz) on Oct 31, 2017 at 2:23am PDT

Tidak hairanlah dua gambar eksklusif dimuat naik oleh Fattah yang memaparkan beliau hadir pada majlis tersebut langsung ‘tenggelam’ apabila ramai netizen pula lebih tertarik bercakap mengenai isu wajah dirinya sendiri pula.

“Woooowwww…. siapa punya boyfriend hensem ni?? @missfazura ke?? hehehe… jangan marah ye…” kata dy1234u manakala newfizonhab menulis: “Your smile is everything” (senyuman anda adalah segala-galanya)

Tidak ketinggalan seorang netizen yang bernama farhanajasni12 menulis: “Hensem nye Fattah” dan komen tersebut turut disokong oleh aqyluwais yang mencatatkan: “Handsome… aura positif.”

Ada juga terpaku antaranya netizen bernama meispipa menukil “Hadoiii Tah! speechless... memang sesuai naww dengan @missfazura 😍💞😘” manakala masnah5921 menulis: “Asalamulaikum adik fattah hensemnya awak.”

Setakat ini kedua-dua gambar berkenaan menerima lebih 10,000 tanda suka dan jumlah tersebut dijangka meningkat selepas ini sekali gus menggambarkan populariti Fattah yang masih baik. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA

Tags: Fattah Amin
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Fattah, Fazura Bercerai Talak Satu

Fattah, Fazura Bercerai Talak Satu

07/10/2024
0

SHAH ALAM: Selepas tujuh tahun, pasangan pelakon terkenal, Fattah Amin dan Nur Fazura sah bercerai talak satu di Mahkamah Rendah...

Fazura Failkan Perceraian Terhadap Fattah Amin

Fazura Failkan Perceraian Terhadap Fattah Amin

13/09/2024
0

Kuala Lumpur: Aktres terkenal, Nur Fazura Sharifuddin memfailkan perceraian terhadap suami, Fattah Amin di Mahkamah Rendah Syariah Petaling, Subang Bestari,...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd