• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 27, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Thailand Ambil Banduan Kerja Buat Senjata

oleh AK-47
01/11/2017
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

BANGKOK – Kementerian Pertahanan Thailand merancang untuk mengambil pesalah atas kesalahan membuat senjata api haram untuk bekerja menghasilkan senjata api bagi pihak tentera.

Jurucakap kementerian, Kongcheep Tantravanich berkata para banduan itu akan bekerja dengan kementerian selepas menamatkan hukuman penjara mereka dan mengikuti latihan di pengeluaran senjata api tentera.

“Perdana Menteri (Jeneral Prayut Chan-o-cha) telah mengarahkan Jabatan Pembetulan Kementerian Keadilan untuk membuat survei jumlah banduan yang didapati bersalah membuat senjata api dengan mereka yang memenuhi kriteria akan menjalani latihan,” katanya.

Jabatan Ordinan Tentera Darat Diraja Thailand telah diberi tanggungjawab untuk memberi latihan kepada para banduan.

Selepas selesai menjalani hukuman, para banduan pilihan akan diberi peranan dengan Institut Teknologi Pertahanan atau Industri Pertahanan dan Pusat Tenaga di bawah Kementerian Pertahanan, kata jurucakap itu.

Kongcheep meminta agar semua pihak tidak menganggap cadangan kementerian itu sebagai negatif kerana para banduan akan diberi peluang membiuat senjata api secara betul, bukan secara rahsia dan haram seperti sebelum ini.

Cadangan itu mendapat sokongan Majlis Pertahanan Thailand yang dipengerusikan Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Pertahanan, Jeneral Prawit Wongsuwan. – BERNAMA

Tags: Thailand
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Faiz Fadzil Tegur Akmal Sepatutnya Pertahankan Usaha Kerajaan

Faiz Fadzil Tegur Akmal Sepatutnya Pertahankan Usaha Kerajaan

10/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr. Muhamad Akmal Saleh sebagai anggota parti yang berada di dalam Kerajaan Madani...

Harga Minyak Terus Naik: Akmal Minta Kerajaan Cari Semula ‘Raja Formula’

Harga Minyak Terus Naik: Akmal Minta Kerajaan Cari Semula ‘Raja Formula’

09/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Ketua Datuk Dr. Muhamad Akmal Saleh secara sinis meminta kerajaan mencari semula 'raja formula' yang sebelum ini...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd