• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, September 11, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Tahun Lepas KLCC, Tahun Ni Nasi Lemak Pula!

oleh AK-47
31/10/2017
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Miss Universe Malaysia, Samantha Katie James bakal bertanding dalam pertandingan ratu cantik Miss Universe 2017 dengan memperagakan ‘sepinggan’ citarasa Malaysia — nasi lemak!

Samantha akan menggayakan gaun yang diinspirasikan daripada sepinggan penuh kenikmatan itu lengkap dengan ciri-ciri yang menjadikan nasi lemak makanan kebangsaan negara kita iaitu ikan bilis, sambal tumis dan telur rebus ‘dihidangkan’ di atas sehelai daun pisang.

Menurut laporan majalah Elle Malaysia, gaun tersebut merupakan buah fikiran daripada pereka fesyen tempatan Brian Khoo dan mengambil masa sebulan untuk dihasilkan.

Hasil rekaan Brian itu telah ditunjukkan buat pertama kalinya di Petaling Jaya dan akan diperagakan dalam kategori kostum kebangsaan pertandingan ratu cantik antarabangsa itu.

Tahun lalu, Miss Universe Malaysia 2016 Kiran Jassal telah memperagakan busana berbentuk Menara Berkembar Petronas rekaan Rizman Ruzaini, dengan kedua-dua menara itu ‘terlekap’ pada bahagian bahu baju tersebut.

Samantha, 22, akan bertanding dengan 41 orang delegasi daripada seluruh dunia dalam pertandingan ratu cantik Miss Universe yang ke-66 itu.

Gadis itu memulakan kerjayanya sebagai model sejak berusia 17 tahun dan telah tinggal di Amerika Syarikat, Brazil, India dan Thailand. Dia juga pernah terbabit dalam iklan dan filem di Indonesia dan China. – MYNEWSHUB.CC

Tags: miss universenasi lemakratu cantik
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

JPM Hal Ehwal Agama Kecam Individu Malaysia Sertai Ratu Cantik Transgender

JPM Hal Ehwal Agama Kecam Individu Malaysia Sertai Ratu Cantik Transgender

01/09/2026
0

KUALA LUMPUR – Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) mengecam sekeras-kerasnya tindakan seorang individu yang menyertai pertandingan ratu cantik transgender...

Mahal Sangat Ke Nasi Lemak RM3 Sebungkus?

Mahal Sangat Ke Nasi Lemak RM3 Sebungkus?

24/12/2025
0

Soalan ini nampak remeh, tetapi sebenarnya mencerminkan sikap kita sebagai pengguna. Dalam keadaan kos hidup yang semakin meningkat, harga nasi...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd