• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 27, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

DBKL Siasat Kemungkinan Projek Punca Banjir Kilat

oleh AK-47
31/10/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) akan membuka kertas siasatan terhadap projek pembangunan sekitar yang didakwa menjadi punca utama berlakunya banjir kilat di Lebuhraya Persekutuan di sini semalam.

Lebuhraya itu dari arah Kuala Lumpur menuju Shah Alam sesak teruk lebih lima kilometer selepas tiga daripada empat lorong ditenggelami air bermula pukul 3 petang selepas hujan lebat selama dua jam.

Datuk Bandar Kuala Lumpur, Tan Sri Mhd Amin Nordin Abd Aziz berkata berdasarkan pemerhatian, dipercayai punca banjir kilat yang melimpahi ke lebuh raya itu berikutan berlaku longkang tersumbat akibat kerja-kerja di tapak projek berdekatan.

“Sekiranya benar projek pembangunan di kawasan itu telah menyebabkan banjir kilat semalam, kita akan keluarkan notis ‘stop work order’ kepada pemaju sehingga mereka membina Temporary Detention Pond dan Cut Off Drain,” katanya ketika dihubungi Bernama di sini hari ini.

Antara kawasan yang terjejas teruk termasuk Pantai Dalam, Bangsar Selatan dan kawasan sekitar.

Mhd Amin Nordin berkata beliau telah meninjau ke kawasan yang terjejas semalam bersama pemaju dan mengenal pasti langkah-langkah kawalan selanjutnya di kawasan berkenaan antaranya menaik taraf kapasiti perangkap kelodak longkang dan membaiki efisiensi parameter longkang.

Katanya DBKL juga komited untuk membina beberapa kolam takungan banjir bagi tujuan mengatasi masalah banjir kilat yang berlaku khususnya di pusat bandar.

“Projek ini dijangka bermula tahun depan melibatkan beberapa lokasi tumpuan termasuk di Jalan Duta dan kawasan Universiti Malaya,” katanya. – BERNAMA

Tags: banjir kilatDBKL
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Tiada Unsur Rasuah Pemberimilikan Kolam Takungan Banjir – Hannah Yeoh

Tiada Unsur Rasuah Pemberimilikan Kolam Takungan Banjir – Hannah Yeoh

26/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Tiada unsur rasuah, penyelewengan serta salah guna kuasa dalam proses pemberimilikan enam kolam takungan banjir Dewan Bandaraya...

“Petak Parkir Boleh Dicari, Rasa Hormat Hilang Sukar Diganti” – DBKL Sindir Amalan Cop Parkir

“Petak Parkir Boleh Dicari, Rasa Hormat Hilang Sukar Diganti” – DBKL Sindir Amalan Cop Parkir

21/05/2026
0

KUALA LUMPUR – Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) menyindir sikap segelintir orang ramai yang gemar “mencop” tempat letak kereta di...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd