• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 27, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

2 Pelajar Lelaki Dihanyutkan Arus Deras Longkang

oleh AK-47
31/10/2017
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Dua pelajar tingkatan satu hilang dan dikhuatiri lemas setelah terjatuh lalu dihanyutkan arus deras longkang berdekatan sebuah sekolah menengah di Taman Yarl, berhampiran Jalan Klang Lama, di sini hari ini.

Dalam kejadian kira-kira pukul 3 petang itu, mangsa terbabit Muhammad Shafiq Akmal Amran dan Rafiuddin Fakhrullah Ridzuan, masing-masing berumur 13 tahun.

Ketua Polis Daerah Brickfields, ACP Roslan Khalid berkata siasatan awal mendapati tiga pelajar lelaki dikatakan sedang menyeberangi longkang berkenaan selepas habis waktu persekolahan berhampiran sekolah menengah di taman perumahan itu.

“Sewaktu kejadian arus di longkang berkenaan deras dan dua daripada mereka telah dihanyutkan arus. Seorang lagi rakan mereka berjaya menyelamatkan diri dengan berpaut pada tebing sebelum memaklumkan kejadian kepada pihak sekolah,” katanya kepada pemberita di sini, malam ini.

Roslan berkata Operasi Mencari dan Menyelamat (SAR) yang bermula sejurus selepas laporan diterima petang ini akan diteruskan sehingga pagi esok.

“Kita akan melakukan pencarian dari kawasan mangsa terjatuh sehingga ke Lombong Kampung Muhibah dengan anggaran jarak satu kilometer.

“Sekiranya belum ditemui juga kita akan meminta bantuan unit penyelam bagi usaha mengesan mangsa. Kita juga belum mendapatkan keterangan penuh daripada mangsa yang selamat kerana dia masih trauma dan menerima rawatan di Pusat Perubatan Universiti Malaya,” katanya.

Beliau berkata operasi SAR yang bermula petang tadi itu turut disertai Jabatan Bomba dan Penyelamat dan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia. – BERNAMA

Tags: lemas
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

IbuBapa Kanak-kanak Dipercayai Lemas Tunggu Di Lokasi Dengan Lauk Kegemarannya…

IbuBapa Kanak-kanak Dipercayai Lemas Tunggu Di Lokasi Dengan Lauk Kegemarannya…

30/04/2026
0

Sungguh Menyedihkan.....   Ibu-bapa tunggu di lokasi kejadian anak hilang..sambil membawa makanan kegemarannya dan berterusan memanggil nama anak mereka agar...

Hentikan Aktiviti Berisiko Tinggi Libatkan Bakal Guru

Hentikan Aktiviti Berisiko Tinggi Libatkan Bakal Guru

09/04/2026
0

TRAGEDI meragut nyawa dua guru pelatih Institut Pendidikan Guru (IPG) ketika menyertai aktiviti berkayak satu berita duka. Dua insan yang...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd