• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Wujud Dana Promosi Minyak Sawit Didik Pengguna Eropah

oleh AK-47
31/10/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Kerajaan diminta mewujudkan dana untuk promosi program kesedaran bagi mendidik pengguna terutamanya di Eropah mengenai manfaat minyak sawit keluaran Malaysia.

Datuk Ahmad Hamzah (BN-Jasin) berkata langkah tersebut perlu berikutan wujud usaha untuk menghentikan penggunaan minyak sawit di Eropah, sekali gus membantutkan langkah kerajaan dalam membangunkan sektor pertanian khususnya kelapa sawit di negara ini.

“Parlimen Eropah baru-baru ini, membuat resolusi mengenai minyak sawit dan penyahhutanan hutan tropika. Kalau pada 1980-an Amerika Syarikat mengamalkan kempen anti-minyak sawit tropika dan sekarang Eropah pula,” katanya ketika membahaskan Rang Undang-undang Perbekalan 2018 di Dewan Rakyat, hari ini.

Beliau yang juga Pengerusi Lembaga Minyak Sawit Malaysia berkata kerajaan perlu mempertahankan industri minyak sawit negara kerana ia menyumbang enam peratus kepada Keluaran Dalam Negara Kasar iaitu RM67.7 bilion pada tahun lepas, di samping kira-kira 650,000 pekebun kecil dan empat juta orang yang bergantung hidup dengan kelapa sawit.

Dr Azman Ismail (PKR-Kuala Kedah) pula berkata isu kesihatan dan penyahhutanan yang dibangkitkan pihak tertentu di Eropah sekadar hanya untuk melindungi produk keluaran tempatan mereka.

“Semua isu ini dibangkitkan kerana minyak sawit masuk ke dalam kawasan minyak-minyak tradisi lain di Eropah seperti minyak jagung dan biji bunga matahari,” katanya.

Dalam pada itu, Datuk Dr Makin @ Marcus Mojigoh (BN-Putatan) mencadangkan supaya kerajaan mengatur pertemuan dengan media di Eropah seterusnya membawa mereka ke Malaysia dalam memberi kesedaran mengenai industri kelapa sawit negara.

Sejumlah hampir RM140 juta diperuntukkan bagi program pembangunan dan penanaman semula kelapa sawit termasuk promosi menerusi Bajet 2018 yang dibentangkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, Jumaat lepas.

Ia merupakan antara peruntukan berjumlah RM6.5 bilion dalam Bajet 2018 bagi memperkasa dan memajukan sektor pertanian negara. – BERNAMA

Tags: Datuk Ahmad Hamzahminyak sawit
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Malaysia Perkukuh Dagangan Di China, Sasar Peluang Baharu Pasaran Minyak Sawit

Malaysia Perkukuh Dagangan Di China, Sasar Peluang Baharu Pasaran Minyak Sawit

18/05/2025
0

KUALA LUMPUR: Malaysia sedang mengukuhkan hubungan perdagangan strategiknya dengan China menerusi lawatan rasmi selama seminggu diketuai Timbalan Menteri Perladangan dan...

Mangsa Banjir Di Sarawak Meningkat Kepada 418 Orang

EU Dijangka Iktiraf Minyak Sawit Mampan Malaysia

17/02/2024
1

Kuching: Industri sawit negara dijangka menerima khabar positif berhubung Pensijilan Minyak Sawit Mampan Malaysia (MSPO) daripada Kesatuan Eropah (EU) tidak...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd