• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Singapura Haram Ustaz Haslin Bollywood, Mufti Menk

oleh
31/10/2017
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SINGAPURA – Pemerintah Singapura pimpinan PAP bertindak biadab apabila hari ini ‘haram’ dua pendakwah asing termasuk Ustaz Haslin Baharim dari Malaysia untuk memasuki republik itu.

Perkara amat mengejutkan pelbagai pihak itu diumumkan Kementerian Ehwal Dalam Negeri (MHA) di sini pada Isnin dengan beri alasan konon mereka disyaki cuba memecahbelahkan masyarakat majmuk di negara tersebut.

Haslin yang berusia 48 tahun dan berasal dari Taiping, Perak juga dikenali sebagai Ustaz Bollywood apabila sering berceramah dengan lenggok Hindustan kerana pernah belajar di Universiti Islam Abu Bakar Karachi, Pakistan.

Turut dilarang memasuki Singapura ialah ulama terkenal Zimbabwe, Ismail Musa Menk, 42, lulusan dari Universiti Islam Madinah, Arab Saudi dan turut dikenali sebagai Mufti Menk kerana merupakan mufti di negara Afrika itu.

Mereka berdua dijadualkan menyampaikan ceramah agama di atas sebuah kapal pesiaran Costa Victoria yang akan berlepas ke Aceh, Indonesia dari Singapura antara 25 November hingga 29 November ini, menurut kenyataan MHA.

Ramai pendakwah selebriti dari Malaysia turut menyertai pelayaran patuh syariah itu antaranya Ustaz Dzulkarnain Hamzah, Ustaz Rozie Rejab, Ustaz Syed Norhisham Tuan Padang, Imam Muda Hafiz dan kumpulan nasyid Raihan.

Program kelolaan Sekretariat IslamiCruise berpusat di Gombak, Selangor itu pernah anjur 23 kali pelayaran serupa sejak bermula pada 2014 lalu yang sudah melibatkan 95 tokoh pendakwah terkenal dan disertai lebih 5,000 peserta.

Antaranya ialah Datuk Kazim Elias, Datuk Badlishah Alauddin, Datuk Fadzilah Kamsah, Ustaz Don Daniyal Don Biyajid, Imam Muda Asyraf Ridzuan, Ustaz Abdullah Khairi, Hafiz Hamidun dan Prof. Dr. Mohd. Asri Zainal Abidin.

Tindakan pengharaman MHA ke atas dua pendakwah itu pada kali ini ternyata memeranjatkan masyarakat Islam di Singapura sendiri kerana latar belakang mereka berdua yang jelas tidak menimbulkan sebarang masalah besar.

Baca: Disekat Masuk, Ustaz Haslin Sedia Saman Singapura

Baca: Insafi Kisah Nasib Umat Melayu Islam Di Singapura

Berikut ialah kenyataan penuh MHA yang diterjemahkan ke dalam bahasa Melayu:

Kementerian Ehwal Dalam Negeri (MHA), setelah berunding dengan Majlis Ugama Islam Singapura (MUIS), Lembaga Pelancongan Singapura (STB) dan Penguasa Maritim dan Pelabuhan Singapura (MPA), mengharamkan pendakwah asing Ismail Menk dan Haslin bin Baharim, daripada memasuki Singapura.

Pemerintah Singapura mendapat tahu bahawa mereka diminta menyampaikan ceramah bagi satu acara bertemakan keagamaan di atas sebuah kapal pesiaran.

Kapal tersebut akan berlayar dan berlabuh di Singapura dari 25 hingga 29 November 2017. Sebelum ini, permohonan Pas Kerja (Berbagai) Ismail dan Haslin untuk berceramah di Singapura pernah ditolak.

Mereka tidak akan dibenarkan memintas larangan tersebut dengan menaiki kapal pesiaran yang berlayar atau berlabuh di Singapura. Ismail dikenali sebagai pendakwah yang menyebarkan ajaran memecahbelahkan masyarakat.

Misalnya, beliau mengatakan bahawa ia adalah satu dosa besar dan jenayah bagi seseorang Muslim untuk mengucapkan Selamat Hari Krismas atau Selamat Hari Deepavali kepada orang bukan Muslim.

Secara ringkasnya, Muslim tidak dibenarkan menyampaikan ucapan kepada orang lain semasa hari perayaan mereka.

Haslin pula pernah menyuarakan pandangan beliau yang menggalak ketidakharmonian dalam kalangan Muslim dan bukan Muslim, yang beliau sifatkan sebagai “kafir”.

Pandangan-pandangan memecahbelahkan seumpama itu akan mewujudkan sikap tidak bertolak ansur dan amalan-amalan eksklusif yang akan merosakkan keharmonian sosial dan menyebabkan masyarakat berpecah.

Ini tidak boleh diterima sama sekali dalam konteks negara berbilang kaum dan agama di Singapura. Pemerintah bertanggungjawab untuk melindungi perpaduan sosial dan keharmonian agama di Singapura.

Rakyat Singapura juga, perlu memainkan peranan mereka, untuk dengan jelas menolak dan berjaga-jaga terhadap doktrin memecahbelahkan dan para penceramah, yang menyebarkan doktrin sedemikian, tidak kira apa pun agama mereka.

Mereka membahayakan masyarakat dan cara hidup kita dan akan menjejas asas-asas keamanan dan kemajuan Singapura. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA

Tags: Mufti MenkSingapuraustaz bollywoodUstaz Haslin Baharin
Share202Tweet126SendShare

Related Posts

Kanak-Kanak 6 Tahun Maut Dirempuh Kereta Di Chinatown, Orang Ramai Berang Sikap Pemandu

Kanak-Kanak 6 Tahun Maut Dirempuh Kereta Di Chinatown, Orang Ramai Berang Sikap Pemandu

09/02/2026
0

Dia langgar orang....dia pulak nak mengamuk.... OLEH MYNEWSHUB  SINGAPURA – Seorang kanak-kanak perempuan berusia enam tahun maut selepas dirempuh sebuah...

Paket Daging Babi Dihantar Ke Masjid Di Singapura, Polis Siasat Serius

Paket Daging Babi Dihantar Ke Masjid Di Singapura, Polis Siasat Serius

26/09/2025
0

SINGAPURA – Polis Singapura kini giat menyiasat satu insiden membabitkan penghantaran bungkusan mencurigakan ke Masjid Al-Istiqamah, Serangoon North Avenue 2,...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd