• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 27, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Mahkamah Ketepi Injunksi Halang SPR Serah Laporan

oleh AK-47
30/10/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Mahkamah Rayuan hari ini mengetepikan perintah injunksi yang diperoleh oleh kerajaan Selangor untuk menghalang Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) daripada menyerahkan laporan persempadanan semula kawasan pilihan raya persekutuan dan negeri kepada perdana menteri.

Panel tiga hakim dianggotai Datuk Umi Kalthum Abdul Majid, Datuk Ahmadi Asnawi dan Datuk Suraya Othman membuat keputusan sebulat suara untuk membenarkan rayuan SPR, pengerusinya, Datuk Seri Mohd Hashim Abdullah dan setiausaha Datuk Abdul Ghani Salleh tanpa kos.

SPR mengemukakan rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, 5 Julai lalu yang memberi perintah injunksi itu kepada kerajaan Selangor.

Hakim Umi Kalthum, yang mempengerusikan panel itu, tidak menyatakan alasan mahkamah untuk membenarkan rayuan SPR itu.

Bagaimanapun, kerajaan Selangor masih mempunyai perintah penangguhan terhadap SRP daripada mengadakan inkuiri tempatan di negeri itu berhubung notis pertama sementara menunggu keputusan permohonan semakan kehakiman yang akan didengar pada 7 Dis ini.

Kerajaan Selangor mengemukakan permohonan semakan kehakiman bagi mencabar notis pertama bertarikh 15 tahun lepas yang diterbitkan oleh SPR dan cadangan suruhanjaya itu untuk proses persempadanan semula kawasan pilihan raya di Selangor.

Dalam permohonan tersebut, kerajaan Selangor menamakan SPR, Mohd Hashim dan Abdul Ghani sebagai responden.

Peguam Kanan Persekutuan, Datuk Amarjeet Singh berhujah bahawa SPR dihalang daripada melaksanakan fungsi berperlembagaan dan tidak boleh melaksanakan inkuiri tempatan kedua di negeri-negeri lain di semenanjung susulan perintah injunksi diberikan kepada kerajaan Selangor.

Katanya, perintah penangguhan yang diperoleh oleh kerajaan Selangor itu menghalang SPR daripada menyerahkan laporan cadangan persempadanan semula itu kepada perdana menteri mengikut Seksyen 8, Jadual Ketiga Belas Perlembagaan Persekutuan.

Sementara itu, peguam Datuk Datuk Dr Cyrus Das, yang mewakili kerajaan Selangor, berhujah bahawa perintah injunksi yang dipohon bagi menghalang SPR daripada menyerahkan laporan persempadanan semula kawasan pilihan raya kepada perdana menteri.

Ini kerana, katanya, sebaik sahaja perdana menteri membentangkan laporan itu di Parlimen, maka maka mahkamah tidak lagi mempunyai bidang kuasa untuk memberi perintah injunksi kepada kerajaan negeri Selangor.

Beliau berkata SPR tidak memberi aku janji kepada mahkamah bahawa ia tidak akan menyerahkan laporan persempadanan semula tanpa Selangor kepada perdana menteri. – BERNAMA

Tags: SPR
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Pelaksanaan Proses PRN Sabah Telus, Berintegriti – SPR

Pelaksanaan Proses PRN Sabah Telus, Berintegriti – SPR

01/12/2025
0

KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menegaskan keseluruhan proses Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah ke-17 berlangsung secara berintegriti dan telus....

Lebih 42,000 Warganegara Berdaftar Secara Automatik Sebagai Pemilih Bagi Julai – SPR

Lebih 42,000 Warganegara Berdaftar Secara Automatik Sebagai Pemilih Bagi Julai – SPR

20/08/2025
0

KUALA LUMPUR: Seramai 42,464 nama warganegara berusia 18 tahun ke atas didaftarkan secara automatik sebagai pemilih baharu, dari 1 hingga...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd