• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, May 23, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pesawat India Dilencong Selepas Panggilan Ancaman

oleh AK-47
30/10/2017
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

NEW DELHI – Sebuah pesawat penumpang yang membawa 122 orang ke New Delhi pada Isnin telah dilencongkan di pertengahan perjalanan selepas menerima satu panggilan terdapat ancaman keselamatan di atas kapal terbang itu, lapor agensi berita China Xinhua memetik laporan media tempatan.

Penerbangan Jet Airways dari Mumbai ke Delhi dilencongkan ke Ahmedabad pada awal Isnin selepas satu ancaman keselamatan dilaporkan dalam pesawat. Laporan menyebut seorang pramugari menemui satu nota yang menyatakan bahawa pesawat itu telah dirampas dan tidak seharusnya mendarat di New Delhi, dan beliau kemudian memaklumkan perkara tersebut kepada juruterbang.

Syarikat penerbangan itu mengesahkan insiden berkenaan, lapor media terbabit.

“Boeing 737-900 dari Mumbai ke Delhi telah dilencongkan ke Ahmedabad susulan pengisytiharan satu kecemasan seperti yang terdapat dalam prosedur keselamatan, selepas mengesan satu ancaman keselamatan dalam pesawat.

Pesawat itu telah mendarat tanpa sebarang insiden tidak diingini di Ahmedabad dan diparkir di petak yang berasingan di mana kesemua 115 penumpang dan 7 anggota kru selamat diturunkan dari kapal terbang,” lapor media tempatan memetik kenyataan yang dikeluarkan Jet Airways.

Setakat ini, tiada kejadian yang tidak diingini dilaporkan. Pihak berkuasa telah memulakan satu siasatan ke atas panggilan palsu itu dan sedang menggeledah pesawat terbabit. – BERNAMA

Tags: Jet AirwaysPesawat India
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

No Content Available
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd