DIFAHAMKAN terdapat kebocoran maklumat daripada dokumen rasmi berkaitan penerbangan pesawat AirAsia Indonesia QZ8501 yang membawa kepada perkembangan baru siasatan, dan mungkin antara jawapan mengapa nahas berlaku.
Memetik laporan Jakarta Post, ada kemungkinan AirAsia telah melanggar prosedur tertentu sehingga juruterbang pesawat berkenaan tidak mendapat laporan cuaca yang betul sebelum berlepas.
Dakwaan itu muncul hari ini selepas terdedahnya laporan AirAsia tidak mendapat kebenaran untuk menjalankan penerbangan dari Surabaya ke Singapura pada hari Ahad.
MENARIK – Masuk Hari Ke-8, Jasad Mangsa QZ8501 Sudah Tak Dapat Dicam
Penerbangan QZ8501 berlepas pada 28 Disember 2014 sebelum dilaporkan hilang dari kawalan radar seterusnya ditemui terhempas sehingga mengorbankan kesemua 162 penumpang di Pesisiran Karimata.
Dalam satu dokumen dihantar oleh Agensi Meteorologi, Geofizik Dan Klimatologi Indonesia (BMKG) kepada Menteri Pengangkutan Indonesia Ignatius Johan pada Rabu lepas yang didakwa bocor, juruterbang penerbangan AirAsia dikatakan tidak menerima laporan cuaca buruk pada hari kejadian.
“AirAsia menerima laporan itu pada pukul 7 pagi, 28 Disember,” kata Ketua BMKG Andi E Sakya.
Pesawat QZ8501 sudah pun berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Juanda, Surabaya kira-kira pukul 5.35 pagi.
Akibatnya pesawat AirAsia itu dipercayai terhempas di Laut Jawa selepas gagal melepasi halangan cuaca buruk dalam perjalanan. – MYNEWSHUB.CC
Video Pengebumian Pramugari AirAsia Khairunnisa Haidar Fauzi
http://youtu.be/oA4ILumxJDw

