• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 20, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Lap Najis Guna Tisu Tandas Kaedah Tidak Bersih

oleh AK-47
30/10/2017
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PAKAR memberi amaran bahawa tisu tandas tidak membantu langsung dalam membersihkan najis walaupun perkara itu diamalkan sebilangan besar masyarakat seluruh dunia.

Menurut beberapa doktor, mengesat bahagian anus terlalu kerap akan menimbulkan masalah kesihatan seperti luka di bahagian itu dan jangkitan saluran kencing, lapor akhbar Britain, Daily Mail.

Amalan ini khususnya dipraktikkan oleh masyakarat di Amerika Syarikat, meskipun negara-negara maju lain seperti Jepun, Korea Selatan, United Kingdom dan Jerman sudah pun menyediakan paip semburan air di dalam tandas mereka bagi tujuan pembersihan diri.

Rose George, penulis buku The Big Necessity: The Unmentionable World of Human Waste and Why It Matters, menjelaskan mengapa menggunakan tisu tandas tidak membantu dalam membersihkan punggung selepas membuang air besar.

“Saya dapati ianya mengejutkan apabila jutaan manusia berjalan dengan anus yang kotor dan menganggapnya benar-benar sudah bersih. Tisu tandas hanya ‘mengalihkan’ najis itu, tapi tidak membuang najis tersebut,” kata George.

Malah, selebriti ternama antarabangsa seperti penyanyi Will.i.am daripada kumpulan Black Eyed Peas, Will Smith, Terence Howard dan Gwiyneth Paltrow turut mengesyorkan agar orang ramai menggunakan tisu lembap untuk membersihkan anus mereka supaya lebih bersih.

Secara logiknya, mengelap dubur secara agresif menggunakan tisu tandas akan mengakibatkan kerengsaan pada bahagian tersebut seperti bisul dan buasir.

Bisul dubur terjadi apabila terdapat luka di bahagian dalam rektum dan boleh menyebabkan pendarahan atau kesakitan ketika membuang air besar.

Buasir adalah urat dan tisu yang bengkak di rektum dan dubur. Penyakit ini lebih serius berbanding bisul dan adakalanya lebih susah untuk dirawat.

Buasir luaran pula berlaku di sekitar pembukaan dubur dan biasanya terjadi oleh kerana kawasan itu dilap dengan agresif, namun ianya boleh dirawat dengan krim atau ubatan.

Oleh itu, pakar kesihatan di AS mengesyorkan agar setiap tandas dilengkapi dengan penyembur air bagi membiasakan orang ramai membersihkan dubur dan bahagian sulit mereka menggunakan air supaya lebih bersih.

Jika tidak bersih, bakteria akan lebih mudah menjangkiti saluran kencing seseorang terutamanya wanita. – MYNEWSHUB.CC

Tags: Gaya Hiduptisu tandas
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Jerman Berdepan Krisis Tisu Tandas

Jerman Berdepan Krisis Tisu Tandas

29/07/2022
0

BERLIN – Jerman diramal berdepan masalah kekurangan tisu tandas dan kertas kadbod sekiranya bekalan gas dari Russia terus berkurangan dalam...

Malaysia Bebas Untuk Tidak Terima Pengaruh Barat

18/06/2019
0

LONDON - Negara-negara Barat seringkali dilihat memaksa negara-negara lain-menerima apa yang dilakukan mereka, umpamanya berkenaan dengan idelogi komunisme, kapitalisme, sosialisme...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd