• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kepentingan Kualiti Masa Bersama Keluarga

oleh Ahmad Albab
30/10/2017
dalam Gaya Hidup, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Ibu bapa perlu menghabiskan masa berkualiti bersama anak-anak tanpa diganggu penggunaan gajet, kata Menteri Pembangunan Keluarga, Wanita dan Masyarakat Datuk Seri Rohani Abdul Karim.

“Ketika masa berkualiti ini lah ibu bapa boleh mengambil kesempatan untuk berkomunikasi secara terus bersama anak-anak, mengambil tahu perihal terkini dan aktiviti seharian anak-anak mahupun pasangan,” katanya pada prapelancaran Bulan Keluarga Kebangsaan 1Malaysia (BKK1M) di sini hari ini.

Teks ucapan beliau dibacakan Pengerusi Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) Datuk Mariam Mas Yacob. Turut hadir Ketua Pengarah LPPKN Datuk Dr Siti Norlasiah Ismail.

Rohani turut menjemput orang ramai untuk meraikan pelancaran sambutan BKK1M peringkat kebangsaan pada 4 Nov ini di Taman Metropolitan Kepong bermula 10 pagi.

Acara hari ini turut menyaksikan 2,500 orang terdiri daripada ibu bapa dan anak-anak mereka termasuk 30 kanak-kanak autistik menyertai larian ‘Kidzathon: Heroes In The City’ sempena prapelancaran BKK1M bersama kementerian menerusi LPPKN dan Urban Health Sdn Bhd.

Siti Norlasiah ketika ditemui pemberita berkata LPPKN mahu melihat lebih banyak syarikat di negara ini mengadakan ‘Hari Keluarga’ ke arah mencapai keseimbangan kerja dan hidup. – BERNAMA

Tags: Datuk Seri Rohani Karimkekeluargaan
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Malaysia Ikrar Sokongan Berterusan Kepada Unesco

20/02/2018
0

PUTRAJAYA - Malaysia hari ini berikrar akan terus memberi kerjasama dan sokongan penuh kepada Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Pertubuhan...

Pusat Permata Kurnia Akan Dibuka Di Sarawak, Sabah

06/08/2017
0

MIRI – Kerajaan bercadang untuk membuka Pusat Permata Kurnia di Sarawak dan Sabah bagi membantu pendidikan awal kanak-kanak autisme di...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd