• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kegigihan, Modal AIM, Wan Azizah Kini Jutawan

oleh Ahmad Albab
30/10/2017
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PASIR PUTEH – Tiada rezeki datang bergolek tanpa diiringi usaha gigih dan pengorbanan.

Atas kepercayaan itulah, usahawan pemprosesan ayam Wan Azizah Wan Salleh, 45, mengorak langkah mengubah kehidupannya sekeluarga walaupun berdepan pelbagai cabaran hingga kini muncul jutawan.

Belau yang lebih mesra dipanggil Kak Zah berkata pendapatan sebagai petani yang tidak seberapa menyebabkan beliau dan suami Mat Yazid Jusoh, 49, memikirkan jalan lain untuk menambah pendapatan.

“Ketika itu kami tinggal di sebuah rumah dengan sewa RM70 sebulan bersama tiga anak. Hidup kami memang susah.

“Pelbagai cara kami fikirkan untuk menambah pendapatan sehinggalah mendapat idea untuk memelihara ayam di belakang rumah dan menjual ayam tersebut secara kecil-kecilan dengan menjaja ke kampung-kampung.

“Jualan pertama kami bermula dengan lima ekor ayam sahaja. Bagaimanapun permintaan semakin bertambah dari semasa ke semasa dan kami berdepan kekangan modal.

“Alhamdulillah ketika itulah saya diperkenalkan dengan Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) oleh seorang sahabat,” katanya ketika ditemui di premis perniagaannya di Kampung Banir Belikong, Selising di sini, hari ini.

Kejayaan Wan Azizah, seorang peminjam atau sahabat AIM, menjadi jutawan dengan dana pinjaman kerajaan diraikan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak ketika membentangkan Bajet 2018, di Dewan Rakyat semalam.

Perdana menteri berkata usahawan itu berjaya menjadi jutawan dalam bidang ternakan dan pemprosesan ayam dengan modal permulaan RM500 daripada AIM pada 1993.

Wan Azizah berkata bermula dengan pinjaman pertama melalui AIM berjumlah RM500 beliau menambah jumlah ayam peliharaan kepada hampir seratus ekor.

Katanya bermula dari situ suaminya mula membuka gerai kecil di tepi jalan berdekatan rumah mereka.

“Saya turut membantu suami menyiang ayam walaupun langsung tidak mempunyai pengalaman sehingga luka-luka jari dan tangan. Bila memikirkan perkara itu kadang-kadang rasa sebak.

“Namun semua itu tidak pernah mematahkan semangat saya apatah lagi Allah SWT mengurniakan rezeki yang lebih baik kepada kami saban hari,” katanya.

Katanya berikutan permintaan yang semakin meningkat mereka mula mendapatkan bekalan ayam daripada ladang dengan membuat beberapa kali pinjaman daripada AIM hingga mencecah RM50,000.

Berbekalkan modal tersebut, Wan Azizah membina sebuah kedai yang lebih besar dengan nama ’Ziza Ayam Proses’ di kawasan sama dan mula menggaji tiga pekerja bagi membantu menyiang dan menghantar bekalan ayam kepada pelanggan, pemilik restoran atau permintaan untuk kenduri.

“Syukur Alhamdulillah selepas lebih 20 tahun berniaga kini saya memiliki sembilan pekerja dengan purata jualan ayam 900 ekor sehari,” katanya.

Dengan hasil perniagaan tersebut juga beliau berjaya membina sebuah rumah sendiri yang selesa untuk didiami bersama enam anaknya.

Wan Azizah turut mempelbagaikan jualan kepada barangan basah dan barangan keperluan harian lain dengan membina sebuah kedai runcit bersebelahan kedai memproses ayamnya.

“Bukan mudah untuk saya sampai ke tahap ini kerana kami bermula daripada tiada apa-apa. Tanpa kecekalan yang tinggi kita mungkin boleh berputus asa terutama bila berdepan dengan masalah kewangan, kerenah pelanggan dan risiko hutang daripada segelintir pemborong,” katanya yang pernah menerima anugerah Usahawan Berjaya AIM Peringkat Nasional pada 2007.

Beliau sangat teruja apabila namanya diangkat dan disebut sebagai usahawan AIM contoh oleh perdana menteri sempena pembentangan Bajet 2018.

Wan Azizah bersyukur dan berterima kasih kepada kerajaan khususnya AIM yang membantunya keluar daripada cengkaman kemiskinan.

“Ia adalah penghargaan istimewa kepada saya dan suami selain menguatkan lagi semangat kami untuk terus cekal dalam perniagaan,” katanya.

Dalam pada itu katanya perkhidmatan pinjaman AIM memberi manfaat yang besar kepada mereka yang ingin memajukan diri.

“Adalah manjadi satu kerugian jika peluang sebegini tidak direbut dan dimanfaatkan sebaik mungkin,” katanya. – BERNAMA

Tags: Amanah Ikhtiar Malaysiapeniaga
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

KPDN Lancar Ops Kesan 6.0 Mulai 1 Jun, Pantau Peniaga Ambil Kesempatan Naik Harga

KPDN Lancar Ops Kesan 6.0 Mulai 1 Jun, Pantau Peniaga Ambil Kesempatan Naik Harga

30/05/2026
0

KUALA LUMPUR – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) akan melaksanakan Ops Kesan 6.0 di bawah Akta...

Peniaga Bimbang Kos Meningkat, Pendapatan Tidak Naik – Shafie Apdal

Peniaga Bimbang Kos Meningkat, Pendapatan Tidak Naik – Shafie Apdal

06/05/2026
0

KUALA LUMPUR – Presiden Warisan, Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal menyuarakan kebimbangan terhadap peningkatan kos sara hidup yang tidak seiring...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd