• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kedah Tidak Ketandusan Pemain Pelapis

oleh Ahmad Albab
29/10/2017
dalam Sukan, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

ALOR SETAR – Pemain muda yang beraksi cemerlang pada aksi terakhir di laman sendiri Liga Super bertemu JDT malam tadi membuktikan Kedah tidak ketandusan pemain pelapis, kata Ketua Jurulatihnya Mohd Nidzam Adzha Yusoff.

Beliau berkata mereka telah menunjukkan tahap permainan yang tinggi dan berupaya mengikat pasukan lawan untuk berkongsi satu mata tanpa sebarang jaringan.

“Player ( pemain) tahu pentingnya bermain di sini dan mereka bermain seperti skuad senior.

“Saya melihat Kedah tidak berdepan dengan ketandusan pemain tempatan yang berbakat untuk masa hadapan,” katanya kepada pemberita di sini, malam tadi.

Pada aksi itu, Kedah secara keseluruhannya dibarisi pemain muda dan dibantu seorang pemain import Liridon Krasniqi.

Keputusan itu meletakkan skuad Hijau kuning berada di tangga keempat dalam carta Liga Super musim ini manakala JDT kekal di puncak liga.

Dalam pada itu, Mohd Nidzam berharap penyerangnya, Ken Ilso Larsen dapat beraksi pada perlawanan akhir Piala Malaysia bertemu JDT di Stadium Shah Alam pada 4 November ini.

“Kita mengharapkan Ken Ilso dapat beraksi pada final nanti, setakat ini laporan daripada pasukan perubatan memberitahu kecederaannya semakin pulih,” katanya.

Sementara itu, Ketua Jurulatih pasukan JDT, Ulisses Morais berkata anak buahnya akan membuat persediaan rapi dengan harapan untuk memenangi perlawanan akhir Piala Malaysia itu nanti.

Mengulas perlawanan malam tadi, beliau berkata secara keseluruhan pasukannya berjaya mengawal permainan dan mencipta peluang-peluang untuk menjaringkan gol walaupun gagal mengatasi tuan rumah. – BERNAMA

Tags: Kedah FAMohd Nidzam Adha
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Kedah FA Jangan Tuding Jari, Tipu Penyokong – TMJ

15/04/2020
0

KUALA LUMPUR - Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim mendedahkan bahawa pemain Kedah sendiri yang bercerita mengenai masalah...

Nidzam Kecewa Pemain Gagal Manfaat Kelebihan Tempat Sendiri

06/08/2018
0

ALOR SETAR - Ketua jurulatih Kedah Mohd Nidzam Adzha Yusoff kecewa apabila kesebelasan pemain utamanya gagal memanfaatkan peluang beraksi di...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd