• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, June 16, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Mohon Peruntukan Buat Pasukan Bomba Sukarela

oleh Ahmad Albab
29/10/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

BENTONG – Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) memohon supaya peruntukan tambahan dapat disalurkan kepada pasukan bomba sukarela (PBS) bagi melancarkan operasi mereka.

Ketua Pengarah JBPM Datuk Seri Wan Mohd Nor Ibrahim berkata setakat ini pihaknya menerima RM1.077 juta setahun untuk diagihkan kepada 370 PBS di seluruh negara, manakala RM128 juta diperuntukkan untuk menyediakan insurans perlindungan berkelompok.

“Peruntukan ini diberikan untuk meringankan beban pengoperasian PBS dan digunakan untuk menyelenggara peralatan serta menampung kos minyak. Wang ini tidak mencukupi jika mereka mahu membaiki balai bomba atau menukar peralatan.

“Kita harap perkara ini diberi pertimbangan kerana sumbangan bomba sukarela tidak boleh dinilaikan dengan wang ringgit dan mereka yang melibatkan diri terdiri daripada mereka yang mahu berbakti kepada penduduk setempat,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa ditemui pada Konvensyen Bomba Sukarela Zon Timur di Janda Baik di sini semalam, yang turut dihadiri Pengarah JBPM negeri Datuk Abdul Wahab Mat Yassin.

Wan Mohd Nor menambah peranan PBS tidak terhad kepada membantu pihak bomba dalam situasi kebakaran dan kecemasan sahaja tetapi juga meliputi pemeriksaan pili bomba, pasca kemalangan dan menjalankan khidmat sosial masyarakat di tempat mereka ditubuhkan.

Sebagai contoh, PBS Pahang telah melakukan pemeriksaan terhadap 260 pili bomba di seluruh negeri setakat Oktober ini selain melaksanakan kempen kesedaran awam dalam pencegahan kebakaran, katanya.

Selain itu, beliau juga memaklumkan rang undang-undang untuk meminda Akta Bomba 1988 (Akta 341) berkaitan pendaftaran PBS yang kini pendaftarannya masih di bawah Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (ROS) akan dibacakan pada sidang Parlimen akan datang.

“Kita berharap apabila PBS didaftarkan terus di bawah bomba, ia akan melancarkan urusan pemberian bantuan dan pemantauan terhadap aktiviti yang dijalankan pasukan ini,” katanya.

Mengulas mengenai konvensyen itu, Wan Mohd Nor berkata ia disertai oleh 50 PBS dari Pahang, Terengganu dan Kelantan dan antara pengisian baharu program itu ialah PBS Fire Fighting Challenge, yang dilaksanakan mengikut kawasan operasi pasukan terbabit bertugas. – BERNAMA

Tags: BombaKerajaan
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Protes Jalanan Jadikan Negara Tidak Stabil, Pelabur Rasa Bimbang – Saifuddin Nasution

Protes Jalanan Jadikan Negara Tidak Stabil, Pelabur Rasa Bimbang – Saifuddin Nasution

15/06/2026
0

KULAI – Kerajaan sentiasa berusaha memastikan bekalan minyak mencukupi bagi mengelakkan rakyat berasa marah sehingga mencetuskan protes di jalan raya...

Tidak Perlu Ubah Kerajaan BN Johor Yang Stabil, Ekonomi Meningkat, Tiada Isu 3R – Eric Lim Sian See

Tidak Perlu Ubah Kerajaan BN Johor Yang Stabil, Ekonomi Meningkat, Tiada Isu 3R – Eric Lim Sian See

13/06/2026
0

JOHOR BAHRU – Pempengaruh media sosial yang sering mengulas isu politik, Eric Lim Sian See berpandangan Johor yang mencatatkan prestasi...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd