• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, June 16, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

16 Juta Anak Penyu Dilepas Ke Laut Dalam 37 Tahun

oleh Ahmad Albab
29/10/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

SANDAKAN – Sebanyak 16,932,702 anak penyu dilepaskan ke laut menerusi program konservasi yang dijalankan di Taman Pulau-Pulau Penyu (TPPP) sejak 1979 hingga 2016.

Pengarah Taman-Taman Sabah Dr Jamili Nais berkata 15,829,841 adalah spesis penyu hijau manakala 1,093,861 pula penyu sisik dan kesemua anak penyu ini dilepaskan dari telur penyu yang menetas di pusat penetasan tiga pulau dalam TPPP iaitu Selingan, Bakkungan Kecil dan Gulisaan.

Katanya jumlah kutipan telur penyu di TPPP dalam tempoh sama adalah 22,449,572 biji iaitu 10,428,711 biji di Pulau Selingan, Pulau Bakkungan Kecil (6,381,682) dan 5,629,179 di Pulau Gulisaan manakala jumlah penyu hijau dan sisik yang direkodkan mendarat dan bertelur pula ialah 279,389 sarang.

Berdasarkan jumlah penyu yang mendarat, telur penyu yang dikutip dan anak penyu yang dilepaskan ke laut menunjukkan pewartaan taman ini adalah usaha penting kepada pemuliharaan penyu di negeri ini, katanya ketika merasmikan Majlis Sambutan Ulangtahun Pewartaan TPPP Kali Ke-40 di Pulau Selingan, hari ini.

“Usaha konservasi di TPPP juga dikenali dan menjadi penanda aras di seluruh dunia dari segi keberkesanan memulihara penyu,” katanya.

Jamili berkata pewartaan TPPP pada 1 Okt 1977 membolehkan aktiviti pemuliharaan penyu dapat dilakukan termasuklah pengurusan pusat penetasan, kawasan terumbu karang dan hidupan marin serta membolehkan usaha mengekalkan kemandirian penyu laut dilaksanakan.

Katanya seramai 103 pelawat di TPPP menyertai program ‘Sarang Penyu Angkat’ yang diperkenalkan pada tahun lepas bagi meningkatkan kesedaran masyarakat dan mulai Januari hingga 20 Okt lepas, jumlah penyumbang adalah 353 orang.

Beliau berkata bermula 1982 hingga September lepas mencatatkan jumlah pelawat ke taman ini seramai 256,002 orang. – BERNAMA

Tags: penyu
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Warga Indonesia Dipenjara 12 Bulan Seludup Lebih 2,000 Telur Penyu

Warga Indonesia Dipenjara 12 Bulan Seludup Lebih 2,000 Telur Penyu

22/05/2026
0

Oleh Mynewshub KUCHING – Cubaan menyeludup ribuan telur penyu secara haram membawa padah apabila seorang lelaki warga Indonesia dijatuhi hukuman...

41 Penyu Mati Di Terengganu Dalam Enam Bulan

10/06/2022
0

KUALA TERENGGANU: Sebanyak 41 kes kematian penyu direkodkan di Terengganu dalam tempoh enam bulan pertama tahun ini. Ikuti Mynewshub: Facebook,Twitter, TikTok, Telegram, Instagram Pengerusi...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd