• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, June 16, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Suami Sedih Isteri Maut Kemalangan Lepas Cuti Sakit

oleh Ahmad Albab
29/10/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

TAPAH – “Saya sedih kerana isteri saya baru sahaja bekerja selepas dua hari cuti sakit dan hari ini dia terbunuh dalam kemalangan,” demikian luahan suami Wong Yok Yen, 61, yang maut dalam nahas jalan raya di KM45 Jalan Ipoh-Teluk Intan dekat Mambang Di Awan, Kampar dekat sini, hari ini.

Chan Kim Yuan, 64, berkata kali terakhir dia bertemu isterinya kira-kira pukul 5 pagi tadi semasa mangsa menyidai pakaian di rumah sebelum ke Pasar Air Kuning untuk menaiki van ke tempat kerja.

“Memang setiap hari dia akan melakukan rutin sama sebelum menaiki van tersebut kira-kira pukul 6.30 pagi untuk ke ladang menanam sengkuang di Malim Nawar.

“Dia baru sahaja mula kerja kerana menerima cuti sakit disebabkan kesihatannya yang merosot akibat penyakit diabetes dan darah tinggi,” katanya ketika ditemui pemberita di Unit Forensik, Hospital Tapah di sini, hari ini.

Kemalangan kira-kira pukul 6.45 pagi itu membabitkan sebuah lori ais dan sebuah van yang membawa pekerja ladang.

Semua lapan wanita penumpang van dan pemandu seorang lelaki berumur antara 32 hingga 82 tahun maut di tempat kejadian, manakala pemandu lori ais dikenali sebagai Mohd Eizat Hani,22, cedera parah dan sedang dirawat di Hospital Raja Permaisuri Bainun di Ipoh.

Sementara itu, bapa kepada pemandu van yang maut, Lew Di Lia, 66, berkata dia mendapat tahu mengenai kejadian melibatkan anak lelakinya, Lew San Jau, 32, kira-kira pukul 7.30 pagi tadi.

Lew berkata anak kedua daripada tiga beradik itu kebiasaannya akan keluar kira-kira pukul 5 pagi untuk mengambil pekerja di Pasar Air Kuning dan menghantar ke ladang miliknya kira-kira tujuh kilometer dari pasar tersebut.

Seorang lagi waris mangsa yang hanya mahu dikenali sebagai Leong, 58, berkata emaknya Liew Siew Fah, 81, merupakan seorang pekerja yang rajin dan telah bekerja di ladang sengkuang itu sejak 10 tahun lalu.

Menurut Leong, emaknya akan berkumpul di Pasar Air Kuning kira-kira pukul 6.15 pagi bersama rakan-rakannya sebelum bergerak ke ladang sengkuang tersebut. ”

Saya sudah lama suruh mak berhenti kerja sebab kami sekeluarga boleh tanggung dia tetapi dia takut tak kerja buat dia lagi sakit,” katanya. – BERNAMA

Tags: kemalangan maut
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Tragedi Simpang Renggam Bukan Isu Kaum – Harith Iskander

Tragedi Simpang Renggam Bukan Isu Kaum – Harith Iskander

03/06/2026
0

KUALA LUMPUR – Pelawak dan pengacara terkenal, Harith Iskander menggesa masyarakat supaya tidak mempolitikkan tragedi kemalangan maut di Simpang Renggam...

Kemalangan Maut: Rayer Minta AG Jelaskan Perbezaan Tindakan Undang-Undang

Kemalangan Maut: Rayer Minta AG Jelaskan Perbezaan Tindakan Undang-Undang

02/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Ahli Parlimen Jelutong, RSN Rayer menyokong tindakan tegas yang telah diambil terhadap pemandu kereta dipercayai memandu dibawah...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd