• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Lebih Banyak Pihak Diberi Peluang Buka KR1M 2.0

oleh Ahmad Albab
29/10/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KANGAR – Kerajaan akan memberi peluang kepada lebih banyak pihak membuka Kedai Rakyat 1Malaysia 2.0 (KR1M 2.0) bagi memastikan ia tidak gagal seperti KR1M sebelum ini, kata Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Seri Hamzah Zainuddin.

Beliau berkata kerajaan juga akan melantik lebih banyak pembekal untuk mendapatkan harga terendah selain dapat mencegah monopoli.

Katanya pelancaran KR1M 2.0 yang pertama akan dibuat selepas perjanjian dengan pihak-pihak terbabit dimeterai dalam masa terdekat.

“Dulu kita bagi pada Mydin yang mencadangkan model KR1M dan pelaksanaannya disokong oleh kerajaan tetapi syarikat itu kini tidak lagi mampu bersaing dan menarik diri menyebabkan kita terpaksa mengkaji semula model baharu,” katanya kepada media selepas melancarkan ‘Friends of KPDNKK Perlis’ (FOK) di Institut Pendidikan Guru Malaysia kampus Perlis di sini hari ini.

Hamzah mengulas Bajet 2018 yang dibentangkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak semalam yang mengumumkan untuk mewujudkan 50 KR1M 2.0 menjelang akhir tahun depan bagi menggantikan KR1M 1.0.

Beliau berkata kerajaan menyasarkan untuk mewujudkan 3,000 KR1M menjelang tahun 2020 dengan matlamat rakyat dapat membeli barang-barang keperluan harian pada harga lebih murah berbanding harga pasaran.

Hamzah berkata selain lima barang asas yang dikawal (minyak masak, gula, gas LPG dan tepung), sebanyak 50 item barang lain boleh dibeli pada harga berpatutan di KR1M.

“Bajet 2018 adalah yang paling inklusif pernah dipersembahkan dan ini menunjukkan kerajaan Barisan Nasional (BN) mampu mentadbir, melaksana dan mentransformasi agenda ekonomi negara bagi mencapai matlamat negara maju pada tahun 2020 dan dihormati di peringkat dunia.

“Ini adalah bukti kerajaan BN bertanggungjawab terhadap rakyat dan bukan bercakap kosong seperti bajet pembangkang,” tambahnya.

Dalam ucapan perasmiannya, beliau berkata FOK yang menjadi mata dan telinga KPDNKK mencecah lebih 800,000 anggota di seluruh negara dan di Perlis sahaja seramai 12,328 orang telah menganggotainya. – BERNAMA

Tags: KR1M 2.0
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Inisiatif Baharu KR1M Libat Banyak Rakan Strategik

21/11/2018
0

KUALA LUMPUR – Kerajaan akan menambah lebih banyak penglibatan rakan strategik dalam inisiatif baharu program Kedai Rakyat 1Malaysia (KR1M) bagi...

KR1M 2.0 Akan Diteruskan – Saifuddin

28/08/2018
0

KUALA LUMPUR - Kerajaan Pakatan Harapan (PH) akan meneruskan program Kedai Rakyat 1Malaysia (KR1M) 2.0 dengan membuka peluang kepada lebih...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd