• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Macau Scam: Polis Thai Selamatkan Rakyat Malaysia

oleh Ahmad Albab
29/10/2017
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

BANGKOK – Polis Thai menyelamatkan seorang wanita Malaysia berusia 19 tahun yang dipukul dan dipaksa berkurung dalam sebuah kondominium di pinggir Bangkok oleh sindiket ‘Macau Scam’ yang diketuai seorang gengster Taiwan.

Dalam satu operasi yang dilakukan berdasarkan maklumat yang disampaikan oleh Kedutaan Malaysia di Thailand, polis Thai menyerbu sebuah kondominium di kawasan Bangna semalam dan menahan lima lagi rakyat Malaysia serta lelaki Taiwan berusia 29 tahun, yang disyaki menjadi ketua sindiket itu.

Empat lelaki dan seorang wanita Malaysia ditahan berumur antara 22 dan 27 tahun.

“Mangsa mendakwa dia telah ditipu untuk bekerja sebagai operator pusat panggilan dan dikurung di dalam kondominium itu. Dia turut dipukul oleh anggota sindiket terbabit,” kata Pemangku Timbalan Ketua Biro Polis Pelancong Thai (TPB) Mej Jen Surachet Hakpan, yang mengetuai operasi itu.

Menurutnya, mangsa telah menghubungi Kedutaan Malaysia di Thailand yang kemudian menyalurkan maklumat itu kepada pihak berkuasa Thai.

Polis Thai juga merampas komputer, penghala Internet, kad SIM, telefon bimbit, telefon, kamera litar tertutup (CCTV) dan peralatan rakaman, pencetak serta Ipad dari kondominium itu.

Sementara itu, Supt Ridzuan Abdul Aziz dari Kedutaan Malaysia memberitahu Bernama bahawa bapa mangsa telah bertemu pegawai kedutaan beberapa hari lepas dan melaporkan mengenai penderitaan yang dialami anaknya di tangan sindiket itu.

“Bapanya memaklumkan bahawa anaknya itu telah ditipu (oleh sindiket) dan kerap dipukul kerana enggan terlibat dalam aktiviti mereka,” katanya dan menambah anak perempuannya berjaya menghubunginya lalu memberitahu mengenai layanan buruk yang diterima daripada sindiket itu.

Mangsa juga mendedahkan maklumat mengenai sindiket terbabit termasuk alamat kondomium itu.
Kedutaan Malaysia kemudian meminta bantuan polis Thai, yang membawa kepada serbuan ke atas kondominium itu semalam serta menahan lelaki Taiwan dan menyelamatkan mangsa rakyat Malaysia itu.

Berdasarkan siasatan awal, Ridzuan berkata rakyat Malaysia yang ditahan dalam serbuan itu percaya bahawa mereka akan bekerja dengan sebuah syarikat jualan dalam talian di Bangkok, malangnya, sebaik sahaja tiba di ibu negara Thai, mereka dikurung di dalam sebuah kondominium manakala pasport, wang tunai dan telefon bimbit dirampas.

Mereka dipukul kerana enggan bekerja atau menimbulkan masalah, katanya dan menambah mereka disuruh menghubungi mangsa (sindiket) dalam bahasa Cina untuk menawarkan beberapa skim palsu.

Ridzuan berkata polis Thai berterima kasih kepada Kedutaan Malaysia kerana memberikan maklumat mengenai sindiket itu yang membuktikan ‘Macau Scam’ aktif di Bangkok. – BERNAMA

Tags: Macau Scam
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

China Hukum Mati Ketua Sindiket Penipuan Sempadan Myanmar

China Hukum Mati Ketua Sindiket Penipuan Sempadan Myanmar

06/11/2025
0

CHINA HUKUM MATI KETUA SINDIKET PENIPUAN SEMPADAN MYANMAR – OPERASI “CYBER SLAVERY” DIGEMPUR HABIS-HABISAN Oleh Mynewshub  BEIJING, 6 November 2025...

Warga Emas Gagal Dapat Gelaran ‘Datuk Seri’, Rugi RM571,000

Warga Emas Gagal Dapat Gelaran ‘Datuk Seri’, Rugi RM571,000

26/05/2023
0

KUANTAN: Keinginan seorang kontraktor untuk bergelar ‘Datuk Seri’ terkubur apabila kerugian sehingga RM571,000 akibat terpedaya dengan penipuan sindiket Macau Scam....

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd