• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 27, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

PPS Kerajaan Dapat Kebenaran Merayu

oleh AK-47
27/10/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Mahkamah Persekutuan hari ini membenarkan permohonan kerajaan persekutuan untuk mengemukakan rayuan terhadap keputusan Mahkamah Rayuan yang mengisytiharkan Pasukan Peronda Sukarela (PPS) ditubuhkan secara sah oleh kerajaan Pulau Pinang.

Panel tiga hakim terdiri daripada Presiden Mahkamah Rayuan Tan Sri Zulkefli Ahmad Makinudin dan Hakim Mahkamah Persekutuan Tan Sri Hasan Lah dan Tan Sri Jeffrey Tan Kok Wha membenarkan permohonan itu dengan satu persoalan undang-undang bagi ditentukan oleh mahkamah tertinggi itu.

“Kami akan mendengar hujahan penuh. Permohonan ini dibenarkan dari segi persoalan yang dibangkitkan,” kata Hakim Zulkefli yang mengetuai panel itu.

Persoalan yang dibangkitkan ialah sama ada mana-mana kelab, syarikat, perkongsian atau persatuan yang dianggotai oleh tujuh orang atau lebih untuk tujuan kepolisan masyarakat boleh ditubuhkan tanpa sebarang perundangan bagi membolehkan penubuhannya.

Pada 28 Mac lepas, panel tiga hakim Mahkamah Rayuan diketuai Hakim Datuk Tengku Maimun Tuan Mat mengisytiharkan PPS ditubuhkan secara sah selepas membenarkan rayuan kerajaan Pulau Pinang untuk mengetepikan keputusan Mahkamah Tinggi Pulau Pinang yang memutuskan PPS sebuah pertubuhan haram.

Mahkamah Rayuan juga membenarkan perintah certiorari kepada kerajaan negeri untuk membatalkan perintah Menteri Dalam Negeri bertarikh 3 Nov 2014 yang mengisytiharkan PPS sebagai pertubuhan haram.

Pada 22 Nov tahun lepas Mahkamah Tinggi di Pulau Pinang menolak permohonan semakan kehakiman oleh kerajaan negeri dengan memutuskan PPS ditubuhkan menyalahi undang-undang kerana ia tidak berdaftar di bawah Akta Pertubuhan.

Kerajaan negeri pada 27 Jan 2015, memfailkan permohonan semakan kehakiman untuk mencabar perintah Kementerian Dalam Negeri mengisytiharkan PPS sebuah pertubuhan haram.

Dalam permohonan bagi semakan kehakiman, kerajaan negeri menamakan Menteri Dalam Negeri, Ketua Polis Negara dan Kerajaan Malaysia sebagai responden.

PPS ditubuhkan oleh Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri pada 2011 dengan objektif membantu kerajaan negeri membanteras jenayah selain menjaga kebajikan dan keselamatan awam penduduk Pulau Pinang.

Anggota PPS berkhidmat secara sukarela.

Pada prosiding hari ini, Peguam Kanan Persekutuan Shamsul Bolhassan berhujah belum ada kes yang diputuskan berhubung isu penubuhan pasukan peronda sukarela seperti PPS sehubungan itu mahkamah tertinggi negara perlu memutuskan kes itu.

Peguam Datuk S. Ambiga yang mewakili kerajaan negeri membantah memberi kebenaran bagi mengemukakan rayuan itu, dengan berkata ia adalah sia-sia. – BERNAMA

Tags: PPS Kerajaan
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

No Content Available
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd