• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 27, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Jumlah Pinjaman Maksimum Pelajar Keluarga B40 Naik

oleh AK-47
27/10/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Kerajaan hari ini mengumumkan kelonggaran tambahan Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) dengan menaikkan jumlah pinjaman maksimum sebanyak RM200 juta kepada pelajar dari keluarga kumpulan isi rumah berpendapatan 40 peratus terendah (B40) yang mengikuti kursus berkeboleh-pasaran tinggi.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata tempoh ‘grace period’ pembayaran balik pinjaman turut dilanjutkan kepada 12 bulan setelah tamat pengajian berbanding enam bulan pada masa kini.

“Seterusnya, kepada para peminjam yang ingin menyambung pengajian ke peringkat seterusnya, sebagai contoh diploma ke ijazah sarjana muda, mereka boleh menggabungkan pinjaman diploma dan ijazah sebagai satu pinjaman, dan hanya perlu membuat bayaran balik selepas tamat di peringkat ijazah itu.

“Jelas sekali, pelbagai ruang telah kerajaan berikan, kalau tak bayar juga, tak tahulah apa yang kita nak ucapkan lagi,” kata Najib yang juga Menteri Kewangan ketika membentangkan Bajet 2018 di Dewan Rakyat.

Dalam Bajet 2018 bertemakan ‘Memakmur Ekonomi Yang Inklusif, Mengimbang Keunggulan Duniawi dan Ukhrawi Demi Mensejahtera Kehidupan Rakyat, Menuju Aspirasi Transformasi Nasional 2050 (TN50)’ itu, Najib turut mengumumkan sejumlah RM250 juta kepada 500,000 pencarum berumur tujuh hingga 12 tahun dalam Skim Simpanan Pendidikan 1Malaysia (SSP1M) kelolaan PTPTN.

Pada pembentangan Bajet 2017, kerajaan mengumumkan diskaun bayaran balik PTPTN iaitu 15 peratus untuk penyelesaian penuh keseluruhan baki hutang pinjaman, 10 peratus untuk bayaran sekurang-kurang 50 peratus daripada baki hutang dalam sekali bayaran, manakala diskaun 10 peratus untuk bayaran balik melalui potongan gaji atau ‘Direct Debit’ mengikut Jadual Bayaran Balik (JBB) ditetapkan.

Menerangkan lanjut mengenai insentif galakan budaya menabung itu, Najib berkata geran sepadan RM500 akan diberikan kepada mereka yang mempunyai jumlah caruman sekurang-kurangnya RM500 yang hanya boleh dikeluarkan apabila mencapai usia 18 tahun.

Selain itu, katanya lagi, kerajaan juga akan melanjutkan tempoh pelepasan cukai pendapatan individu terhad kepada RM6,000 bagi simpanan bersih yang dibuat ke dalam SSP1M selama tiga tahun mulai 2018. – BERNAMA

Tags: Bajet 2018
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Bajet: Perlis Ambil Kira Detik Hati, Keperluan Rakyat

12/12/2017
0

KANGAR - Bajet Perlis 2018 dirangka dengan mengambil kira detik hati serta keperluan rakyat tanpa menganaktirikan mana-mana pihak, kata Menteri...

Bajet 2018: Inklusif Dan Menyeluruh

11/12/2017
0

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menyifatkan nama yang paling mencerminkan Bajet 2018 yang dibentangnya pada...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd