• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Tugas Sebenar Belum Selesai – Adam

oleh AK-47
28/10/2017
dalam Sukan, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

SEPANG – Pelumba Moto3 negara, Adam Norrodin bermula cemerlang dengan berada pada kedudukan kedua terpantas selepas menamatkan dua sesi latihan bebas pada perlumbaan Shell Grand Prix Motosikal Malaysia 2017 di Litar Antarabangsa Sepang (SIC) hari ini.

Namun, pelumba berusia 19 tahun itu menegaskan bahawa tugas beliau masih belum selesai sehinggalah hari perlumbaan sebenar pada Ahad ini.

“Ini baru hari pertama dan esok serta hari perlumbaan sebenar adalah lebih penting.

“Saya gembira dengan keputusan hari ini, tapi tugas saya belum habis lagi. Saya perlu berikan tumpuan yang lebih untuk esok dan Ahad untuk keputusan yang lebih baik,” katanya.

Pada sesi latihan bebas pertama pagi ini, Adam yang mewakili SIC Racing menduduki tangga kedua selepas merekod masa terbaik 2 minit 13.409 saat, di belakang juara dunia Joan Mir dari Leopard Racing yang mencatat 2:13.129s.

Pada sesi latihan kedua dalam keadaan litar basah, pelumba kelahiran Batu Pahat, Johor itu mecatat masa 2:29.655s untuk kedudukan keenam manakala pelumba Sepanyol, Aron Canet dari pasukan Estrella Galicia 0,0 mencatat masa terpantas dengan 2:28.807s.

Dalam pada itu, Adam berharap keadaan cuaca lebih baik pada sesi latihan bebas ketiga dan pusingan kelayakan esok kerana lebih selesa berlumba dalam keadaan litar kering.

Bagaimanapun, beliau tetap bersedia sekiranya perlu mengharungi perlumbaan dalam cuaca hujan serta keadaan litar basah.

“Pada litar kering saya agak pantas sebab saya yakin banyak lagi yang saya boleh lakukan jika dalam keadaan kering. Saya harap cuaca akan lebih baik esok dan akan lakukan yang terbaik hujung minggu ini.

“Apa yang perlu adalah untuk melakukan perubahan dari segi sistem brek jika perlu berlumba di litar basah dan perubahan pada tayar belakang untuk litar kering,” katanya.

Adam kini menduduki tempat ke-17 dengan mengumpul 37 mata selepas mengharungi 16 pusingan perlumbaan.

Pada pusingan ke-16 di Philip Island, Australia, Adam mempamerkan aksi memberangsangkan selepas menamatkan perlumbaan di tempat kelapan, di belakang rakan sepasukan Ayumu Sasaki. – BERNAMA

Tags: Adam Norrodingrand prixMoto3
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Grand Prix F1 Arab Saudi Diteruskan

26/03/2022
0

JEDDAH : Pasukan Formula Satu (F1) Red Bull menyokong keputusan meneruskan Grand Prix (GP) Arab Saudi biarpun diancam serangan ke...

F1 Grand Prix China Ditangguhkan Ekoran Covid-19

13/02/2020
0

SHANGHAI - Formula Satu (F1) Grand Prix China yang dijadual pada 19 April ditangguhkan ekoran wabak koronavirus (Covid-19), umum pihak...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd