• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, May 23, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Perlombongan Berkembang Sederhana Tahun Ini

oleh Ahmad Albab
27/10/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Nilai tambah sektor perlombongan terus berkembang pada kadar sederhana sebanyak 0.9 peratus dalam tempoh separuh pertama 2017 berbanding 0.4 peratus bagi tempoh sama tahun lepas.

Menurut Laporan Ekonomi 2017/2018 yang dikeluarkan Kementerian Kewangan, pertumbuhan itu disokong oleh peningkatan pengeluaran gas asli sebanyak 4.7 peratus (Jan-Jun 2016: 1.9 peratus), sejajar dengan peningkatan eksport ke China, Jepun dan Korea Selatan serta permintaan lebih tinggi daripada industri petrokimia dalam negara.

Bagaimanapun, subsektor minyak mentah dan kondensat terus merosot sebanyak 3.7 peratus pada separuh pertama 2017 (susut 1.2 peratus Jan-Jun 2016), seiring dengan komitmen Malaysia mengurangkan pengeluaran minyak sehingga 20,000 tong sehari sejak awal tahun ini.

“Langkah ini selaras dengan perjanjian antara Pertubuhan Negara-negara Pengeksport Minyak (OPEC) dan anggota bukan OPEC untuk mengurangkan pengeluaran minyak sebanyak 1.8 juta tong sehari dari Januari 2017 sehingga Mac 2018 untuk menangani lebihan pengeluaran minyak global,” menurut laporan itu.

Pada tahun ini, sektor perlombongan dijangka berkembang 0.5 peratus disokong oleh peningkatan pengeluaran gas asli yang mengimbangi pengurangan dalam pengeluaran minyak mentah.

“Gas asli dijangka mendapat manfaat daripada pengkomersialan LNG Train 9 di Kompleks LNG Petronas, Bintulu, Sarawak dan Fasiliti Gas Asli Cecair Terapung Petronas 1,” katanya. – BERNAMA

Tags: Perlombongan
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Tengku Hassanal Saran Hentikan Aktiviti Lombong Di Tasik Chini

14/06/2021
0

KUANTAN - Pemangku Raja Pahang, Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menyarankan aktiviti perlombongan di...

Pahang Bertindak Atas Dakwaan Tasik Chini Diceroboh

22/02/2019
0

SATU tindakan bersepadu dilakukan petang semalam melibatkan beberapa agensi penguatkuasaan berikutan aduan mengenai aktiviti perlombongan yang berleluasa berlaku berhampiran Tasik...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd