• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 15, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kerajaan Terus Tambah Baik Mod Pengangkutan Awam

oleh Ahmad Albab
27/10/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Kerajaan akan terus menambah baik mod pengangkutan awam terutamanya perkhidmatan rel selaras dengan matlamat untuk meningkatkan penggunaan pengangkutan awam kepada 40 peratus menjelang 2030.

Menurut Laporan Ekonomi 2017/2018 yang dikeluarkan Kementerian Kewangan hari ini, usaha itu bagi memenuhi permintaan rakyat terhadap mod pengangkutan awam yang cekap, mesra alam dan moden.

Perkhidmatan rel yang lebih baik akan membawa kesalinghubungan yang cekap di antara kawasan bandar dan luar bandar, seterusnya merancakkan aktiviti ekonomi dan menyumbang ke arah pertumbuhan inklusif.

Laporan itu menyatakan bahawa kerajaan telah memperkenal dan melaksana pelbagai inisiatif untuk menambah baik pengangkutan awam termasuk beberapa perkhidmatan rel yang baharu dan memperluas serta menaik taraf rangkaian sedia ada.

Antara perkhidmatan rel yang diperkenalkan kerajaan ialah Perkhidmatan Tren Elektrik (ETS), Transit Aliran Massa (MRT), Transit Aliran Ringan (LRT) Laluan 3, Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) dan Rel Berkelajuan Tinggi (HSR).

Perjalanan ETS dari Kuala Lumpur ke Padang Besar, Perlis kini hanya mengambil masa kira-kira 5 jam 15 minit berbanding lebih 6 jam melalui jalan raya.

Selain itu, laluan pertama MRT iaitu Sungai Buloh – Kajang yang merangkumi jarak sejauh 51 kilometer (km) dengan 31 stesen mampu membawa 400,000 penumpang setiap hari.

Menurut laporan itu, laluan kedua MRT Sungai Buloh – Serdang – Putrajaya yang mempunyai cadangan jajaran sejauh 52.2 km dengan 35 stesen dijangka membawa 529,000 penumpang setiap hari apabila mula beroperasi pada suku kedua 2022.

Selain laluan LRT sedia ada, LRT Laluan 3 yang mempunyai jarak keseluruhan 37 km akan menghubungkan Bandar Utama dengan Klang dalam tempoh 58 minit dan dijangka dapat memberi perkhidmatan kepada 2 juta orang.

Pembinaan LRT Laluan 3 yang merupakan projek rel pertama berteraskan teknologi hijau di Malaysia telah bermula pada suku kedua tahun ini dan dijangka siap pada Feb 2021.

Dalam pada itu, trek ECRL sepanjang 706.9 km dijangka meningkatkan pertumbuhan di Pahang, Terengganu dan Kelantan dengan menghubungkan Pelabuhan Klang, Selangor dan pelabuhan di pantai timur serta merangsang aktiviti ekonomi.

HSR pula akan menjadi mod pengangkutan awam rel yang paling laju dari Kuala Lumpur ke Singapura dengan jarak 335 km dengan 90 minit masa perjalanan dan dijangka beroperasi sepenuhnya menjelang akhir 2026. – BERNAMA

Tags: Pengangkutan Awam
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Firdaus Wong Kritik Saranan Guna Pengangkutan Awam, EV Ketika Krisis Minyak

Firdaus Wong Kritik Saranan Guna Pengangkutan Awam, EV Ketika Krisis Minyak

15/04/2026
0

KUALA LUMPUR – Pendakwah bebas, Firdaus Wong Wai Hung mengkritik saranan kepada rakyat menggunakan pengangkutan awam, kenderaan elektrik (EV) serta...

‘Najib Tetap Ingat Rakyat, Sampaikan Salam Kasih Kepada Semua’ – Sempat Kongsi Pendapat Hal Harga Minyak

‘Najib Tetap Ingat Rakyat, Sampaikan Salam Kasih Kepada Semua’ – Sempat Kongsi Pendapat Hal Harga Minyak

11/04/2026
0

KUALA LUMPUR – Anak kepada bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, Datuk Mohd. Nazifuddin berkongsi detik menyentuh hati...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd