• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

England Mampu Gegar Pentas Dunia Jika Diberi Peluang

oleh AK-47
26/10/2017
dalam Sukan, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – England mampu menghasilkan keputusan positif di pentas bola sepak antarabangsa seperti Kejohanan Eropah (UEFA EURO) dan Piala Dunia FIFA jika lebih ramai bakat tempatan diberi peluang beraksi dengan lebih kerap dalam pasukan masing-masing pada saingan Liga Perdana Inggeris (EPL).

Bekas penjaga gol utama England, Paul Robinson, yang membuat penampilan sebanyak 41 kali dengan skuad senior ‘Three Lions’ dari tahun 2003 hingga 2007, menegaskan bahawa kebanjiran pemain asing dalam EPL telah lebih menyukarkan pemain kelahiran tempatan untuk menyerlah di pentas antarabangsa.

“Kehadiran (pemain asing) sudah pasti menjadikan EPL lebih menarik serta muncul antara liga terbaik dunia namun ia tidak banyak membantu prestasi skuad kebangsaan England di pentas antarabangsa jika peluang kurang diberikan kepada pemain kelahiran tempatan,” katanya.

Bekas pemain berusia 38 tahun itu berkata demikian dalam temu bual khas bersama wartawan tempatan di sini hari ini sempena kunjungannya ke sini sebagai penganalisis media untuk program bola sepak ‘Astro Supersport’, hujung minggu ini.

Mengimbas kembali perjalanan kariernya, Robinson berkata pengalaman menjulang piala sulungnya dengan memenangi Piala Juara Liga EPL bersama pasukan Tottenham Hotspur pada musim 2007/2008 di samping mewakili England pada Piala Dunia FIFA 2006 di Jerman merupakan kenangan paling manis yang pasti tidak dapat dilupakan dalam hidupnya.

“Saya tidak menyesal dalam karier saya tetapi mengambil banyak pengajaran untuk dijadikan pedoman dalam hidup saya,”kata pemain berkenaan yang mengumumkan persaraan daripada arena bola sepak pada Julai lepas setelah bergelut dengan kecederaan tulang belakangnya.

Bapa kepada dua orang anak itu telah membuat penampilan sebanyak 375 kali bersama empat pasukan liga England iaitu Leeds United, Tottenham Hotspur, Blackburn Rovers dan Burnley. – BERNAMA

Tags: England
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

England Isytihar Kemarau Di Lapan Kawasan

England Isytihar Kemarau Di Lapan Kawasan

14/08/2022
0

LONDON – Lapan buah kawasan di Britain secara rasmi diisytiharkan mengalami kemarau akibat suhu tinggi dan taburan hujan yang rendah,...

Euro 2020: Sterling, Kane Wira England Singkir Jerman

30/06/2021
0

LONDON - England mara ke suku akhir Euro 2020 selepas menewaskan Jerman 2-0 hasil jaringan Raheem Sterling dan Harry Kane...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd