• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, January 31, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kumpul Maklumat Mangsa Banjir, Ganti Kad Pengenalan Baru

oleh Ahmad Albab
03/01/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA KANGSAR – Kementerian Dalam Negeri (KDN) meminta pusat pemindahan di negeri yang terlibat banjir supaya mengumpul data atau maklumat mangsa banjir kepada Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) bagi proses membuat kad pengenalan  baharu.

Menterinya, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata ia bagi memudahkan pihak JPN untuk mengeluarkan gantian kad pengenalan yang telah rosak atau hilang akibat bencana banjir.

“Ini (ganti kad pengenalan baharu) bukan sahaja akan dijalankan di negeri Perak tetapi kita akan melatakan di seluruh tempat yang terlibat. Mangsa banjir yang dokumennya hilang atau musnah diminta datang ke pusat pemindahan.

“Kita harap pusat pemindahan mangsa banjir dapat mengumpulkan maklumat itu dan pegawai JPN terutamanya daripada unit pergerakan pergi ke kawasan berkenaan bagi menyerahkan kad pengenalan baharu gantian,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas mengadakan lawatan ke pusat pemindahan di Sekolah Kebangsaan (SK) Sayong di sini hari ini.

Ketika lawatan itu juga, Ahmad Zahid turut menyerahkan kepada 40 penerima pertama kad pengenalan baharu yang meeupakan mangsa banjir yang ditempatkan di pusat pemindahan SK Sayong.

Dalam pada itu, beliau turut membawa roti ban yang dihasilkan banduan Penjara Kajang dan Penjara Tapah untuk diagihkan kepada semua mangsa banjir.

“Ertinya para banduan juga mempunyai keprihatinan untuk membantu mangsa banjir walaupun berada di belakang tembok besi, tembok batu tetapi berhasrat untuk mebantu mangsa-mangsa banjir,” katanya.

Ditanya pula mengenai tindakan kerajaan dalam menangani isu remaja yang cuba menyertai kumpulan militan Negara Islam (IS) di Syria, beliau berkata pihaknya sentiasa memantau isu tersebut di laman sosial media

“Kita memerangi jenayah ini dan tidak akan berkompromi dengan aktiviti seperti ini,” katanya.

Semalam Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar melaporkan dua remaja, seorang wanita dan lelaki ditahan polis kerana disyaki cuba menyertai kumpulan militan IS di Syria, dalam operasi berasingan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur pada 24 dan 28 Dis lalu. – BERNAMA

Tags: Zahid Hamidi
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

PPP Diterima Kembali Dalam BN – Zahid

PPP Diterima Kembali Dalam BN – Zahid

18/01/2026
0

KUALA LUMPUR: Parti Progresif Penduduk (PPP) diterima kembali sebagai parti komponen dalam Barisan Nasional (BN). Perkara itu diumumkan Pengerusi BN,...

3 Realiti Utama Politik Negara Perlu Dihadapi UMNO – Zahid

3 Realiti Utama Politik Negara Perlu Dihadapi UMNO – Zahid

16/01/2026
0

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menggariskan tiga realiti utama perlu dihadapi UMNO berdasarkan hakikat dan cabaran dihadapi...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd