• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 30, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Demokrat Anggap Trump Gila, Gesa Letak Jawatan

oleh AK-47
27/10/2017
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

WASHINGTON (Amerika Syarikat) – Bimbang dengan kesihatan mental Donald Trump, seorang ahli politik Demokrat cuba mendapatkan nasihat seorang pakar psikologi yang berkhidmat dengan sebuah kumpulan politik untuk menggesa presiden itu meletakkan jawatannya.

Wakil negeri California Jackie Speier telah menghubungi John Gartner, yang merupakan bekas pembantu profesor di sekolah perubatan John Hopkins dan pengasas kumpulan Duty to Warn, iaitu sebuah persatuan pakar-pakar psikologi.

Persatuan itu menuntut tindakan melucutkan jawatan Trump mengikut undang-undang Pindaan ke-25, lapor Newsweek.

“Saya mahu menimbal balik perkara ini dari sudut pandangan bukan profesional, bukan klinikal saya sendiri untuk merumuskan bahawa seseorang itu tidak mempunyai keupayaan untuk melakukan pekerjaan itu, dan saya juga ingin mendengar pendapat daripada pakar yang menangani kes-kes psikosis setiap hari,” kata Speier kepada BuzzFeed News, Isnin.

Speier juga menggesa agar presiden AS itu dilucutkan jawatannya mengikut pindaan undang-undang tersebut, dan menulis di Twitter bahawa Trump “sememangnya menunjukkan perlakuan aneh dan kecelaruan mental sekaligus meletakkan negara ini dalam bahaya.”

Selain Speier, enam lagi orang ahli politik parti Demokrat di Rumah Putih dan Senat telah menghubungi profesor psikiatri dari Universiti Yale iaitu Bandy Lee sejak beberapa bulan kebelakangan ini untuk membincangkan kesihatan mental Trump, lapor Buzzfeed News lagi.

Lee merupakan editor buku berjudul The Dangerous Case of Donald Trump yang menampilkan 27 orang pakar psikologi, psikiatri dan kesihatan mental membincangkan tahap kewarasan presiden itu.

Mereka berbahas bahawa Goldwater Rule yang diperkenalkan oleh Persatuan Psikiatrik Amerika untuk mencegah pakar kesihatan mental daripada mendiagnosiskan figura popular yang tidak pernah mereka periksa sebelum ini, telah merumuskan bahawa menjadi “tanggungjawab moral dan sivik untuk memberi amaran” tentang “orang gila yang membahayakan” itu.

Namun, mereka tidak mendiagnosis Trump secara rasmi dan berhenti daripada menganjurkan kaedah tertentu untuk melucutkan jawatannya. Tetapi, dalam salah satu bab di dalam bukunya, Gartner menulis bahawa “Trump merupakan lelaki jahat yang menunjukkan sikap narsisme secara agresif.”

Gartner menambah bahawa “sejarah tidak akan memihak kepada pekerjaan yang membantu dalam kebangkitan Hitler versi AS.”

Di bawah Seksyen 4 Pindaan ke-25, naib presiden dan majoriti cawangan eksekutif boleh merangka satu deklarasi bertulis bahawa presiden tidak dapat melaksanakan tugasnya. Kongres kemudiannya perlu mengundi dengan majoriti dua pertiga di kedua-dua dewan untuk memecatnya dari Rumah Putih.

Walaupun sesetengah wakil parti Demokrat telah berusaha untuk memulakan prosiding pendakwaan terhadap Trump, Pindaan ke-25 telah dilihat sebagai langkah yang lebih sesuai. Dalam sebuah artikel majalah Vanity Fair baru-baru ini, bekas ketua strategi Trump, Steve Bannon pernah memberitahu presiden itu bahawa Pindaan ke-25 itu menrupakan ancaman terbesar kepada masa depannya di Rumah Putih.

Tiada indikasi sama ada kabinet Trump atau sejumlah besar ahli parti Republikan bersedia untuk menyokong secara terbuka perletakan jawatan presiden itu dalam masa terdekat. Bagaimanapun, terdapat tanda-tanda segelintir ahli Republikan mempersoalkan kesesuaiannya untuk jawatan itu. Senator Demokrat Al Franken dari Minnesota berkata seawal Februari lalu bahawa “beberapa” orang ahli Republikan telah menyatakan kebimbangan kepadanya tentang tahap kesihatan mental Trump.

Dan, dalam satu serangan luar biasa pada hari Selasa, Senator Bob Gorker dari Tennessee mengatakan bahawa Trump mempunyai “kesukaran yang besar dengan kebenaran” dan “membuktikan dirinya tidak dapat menjalan tugasnya dengan baik.” – MYNEWSHUB.CC

Tags: Presiden Amerika Syarikat
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Joe Biden Angkat Sumpah Presiden AS

21/01/2021
0

WASHINGTON - Joe Biden, 78, sebentar tadi mengangkat sumpah sebagai Presiden Amerika Syarikat (AS) ke-46 di hadapan Hakim Mahkamah Agung,...

Biden Hampir Menang Pemilihan Presiden, Trump Meroyan

06/11/2020
0

WASHINGTON - Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump, berang selepas pengiraan undi menunjukkan pencabarnya dari parti Demokrat, Joe Biden, makin...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd