• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Sikap Makin Pelik, Iqram Dinzly Dikata Kurang Waras?

oleh
26/10/2017
dalam Artis, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SIAPA rajin menonton drama pasti kenal dengan pelakon Iqram Dinzly yang sememangnya berbakat dan sering muncul sebagai watak utama dalam beberapa cerita suatu masa dulu.

Selain berlakon, anak jadi kelahiran Perak ini juga banyak terlibat dalam bidang peragaan, pengacaraan dan tarian.

Bagi mereka yang mengikuti perkembangan pelakon ini, pasti sudah tahu Iqram masih lagi aktif memuat naik pelbagai aktiviti di laman Instagram.

Namun, sejak dua menjak ini perwatakan dan sikap yang ditunjukkan oleh Iqram dikatakan agak pelik daripada biasa sehingga ada yang mengatakan pelakon ini sudah tidak waras.

Susulan itu, wartawan sebuah portal tempatan telah bertemu sendiri dengan tuan empunya badan bagi menjawab segala persoalan yang timbul mengenai pelakon berkenaan.

Iqram atau Muhammad Iqram Dinzly Muhammad Saipuddin berkata, dia lebih selesa menjadi diri sendiri dan melakukan sesuatu perkara mengikut gerak hati tanpa menghiraukan pandangan orang lain.

Dalam pada itu, tindakan Iqram memuat naik swafoto bersama bapanya, Muhammad Saipuddin Ahmad Said ketika sedang terlantar sakit dan gambar sambil tersenyum di pusara arwah sebelum ini mengundang pelbagai reaksi negatif daripada peminatnya.

Bagaimanapun pelakon ini berkata, dia sama sekali tidak mengambil kisah apa tohmahan orang ramai dan perkongsian itu hanyalah sekadar peringatan kepada yang masih hidup.

“Saya tak ambil peduli apa kata orang luar. Sekiranya saya gila pun, saya nak jadi ahli syurga. Orang kata saya gila tapi bagi saya semuanya jelas. Saya buat apa yang saya rasa, itu yang dilakukan.

“Ia sekadar untuk peringatan dan kesedaran kepada diri sendiri dan orang luar. Tidak semestinya kita menziarahi kubur hanya datang sahaja. Dalam Islam kita tidak boleh terlalu bersedih selepas kematian seseorang.

“Walaupun saya senyum tapi hati sedih tidak ada siapa yang tahu. Cuma saya kena kuat mengharungi semua yang terjadi,” katanya memetik mStar Online.

Tambah Iqram lagi, setiap transformasi yang dilakukan dalam kehidupan ketika ini biarlah perasaan serta masa sahaja menentukan dan perkara tersebut bukanlah satu isu yang perlu diperbesar.

“Serban? Saya tidak pernah mengatakannya serban. Namun saya perkenalkan sebagai ‘Iqrat Kapla’ (ikat kepala). Saya tak boleh beri jawapan untuk soalan itu.

“Biarlah rasa dan biarlah masa yang menentukan. Apa yang saya boleh katakan, saya akan melakukan satu transformasi dalam kehidupan. Perkara ini bukan isu yang besar,” komen pelakon ini ketika ditanya mengenai entri terbaru memaparkan Iqram tidak lagi mengenakan serban.

Sementara itu, Iqram mengakui amat kecewa terhadap sikap segelitir pihak ‘acah’ ustaz dan ustazah yang gemar menjatuhkan hukum dengan sesuka hati di laman sosial.

“Saya kecewa dan marah sangat-sangat dengan netizen. Terlalu ramai yang menjadi ustaz dan ustazah jadian sedangkan bila diperhatikan semula, ruangan Instagram orang yang ‘jatuh hukum’ ini pun tidak melambangkan sepenuhnya seorang muslim.

“Kecam orang sesuka hati dan selepas itu akaun privasi. Ini namanya kulat parasit. Mereka tidak ada kesedaran dalam berbudi bahasa,” ujarnya.

Dalam perkembangan lain, Iqram dikatakan sedang berehat daripada industri seni dan kedai makan yang terletak di Langkawi ditutup sementara waktu atas sebab tertentu. – MYNEWSHUB.CC/AM

Tags: Iqram Dinzly
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Gagal Bayar Cukai RM77,000, Iqram Dinzly Diisytihar Muflis

15/01/2019
0

KUALA LUMPUR - Kegagalan melunaskan cukai pendapatan berjumlah RM77,000 membawa padah buat pelakon Iqram Dinzly yang diisytihar muflis. Aktor kontroversi...

Lama ‘Hilang’, Iqram Kini Jumpa Diri Yang Sebenar

26/06/2018
0

SETELAH beberapa ketika dirinya dibayangi dengan kontroversi hangat, kini pelakon Iqram Dinzly berasa bertuah apabila pada 10 malam terakhir Ramadan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd